
NVIDIA mengumumkan melalui laman blog mereka yang mereka akan memberi kebenaran (Lesen) untuk pengeluar cip lain menggunakan cip mereka iaitu cip pemproses grafik (GPU) mereka. Kebenaran lesen ini dimulakan dengan pemproses senibina Kepler, ianya merupakan pemproses grafik yang menyokong DX11, OpenGL 4.3 dan GPGPU selain merupakan pemproses yang menawarkan prestasi yang mantap dan kuasa yang efisien. Ianya akan bersesuaian dengan penggunaan dari peranti mudah alih sehinggakan ke super komputer.
Kepler merupakan asas senibina bagi pemproses-pemproses grafik dari NVIDIA iaitu GeForce, Quadro dan Tesla. Para pemilik lesen dari NVIDIA ini nanti akan turut menerima hak mengeluarkan pemproses NVIDIA yang terbaru nanti iaitu versi terbaru GPU Tegra yang dikenali dengan nama kod Logan.
Dengan perkembangan ini bermaksud, kemungkinan kita akan mempunyai pilihan peranti Android baru dengan pengeluar pemproses sistem (SOC) berlainan dengan GPU pula dari NVIDIA. Contohnya mungkin pemproses Snapdragon S4 Pro dengan GPU dari Nvidia (ULP Geforce)?. Apa kata anda?.
Sumber : NVIDIA

































