Android Maxis,Kini Tawar Motorola Charm Dan Motorola Flip Out.

Lama tidak menjengah ke laman web Maxis,Maxis telah menawarkan beberapa telefon Android selain tablet Samsung Galaxy yang diberi hak ekslusif oleh Samsung sebelum ini.Antara telefon terbaru yang di tawarkan ialah Motorola Charm dan Motorola Flip out.Klik ‘baca selanjutnya’ untuk berita penuh.

Motorola Charm
Motorola Flip Out

Motorola Charm dan Motorola Flip Out ialah telefon yang mempunyai papan kekunci fizikal QWERTY.Bezanya ialah Motorola Flip Out mempunyai papan kekunci yang boleh disembunyikan (Flip in/out) manakala Motorola Charm mempunyai papan kekunci yang sedia ada seakan-akan Blackberry.Kedua-duanya mempunyai resolusi skrin yang sama (320×240) dengan saiz 2.8 inci.Motorola Charm dilengkapi dengan skrin Gorilla yang terkenal dengan tahan lasaknya seperti yang di pakai pada Dell Streak.Kedua-dua telefon ini menggunakan pemproses TI OMAP3410 dengan kelajuan 600MHz dikuatkan lagi dengan platform Android 2.1.Motorola Charm ditawarkan dengan harga RM 1399 manakala Motorola Flip Out RM 1299 dan sudah tentu Maxis turut menyediakan pakej istimewa bagi telefon Android ini.Untuk maklumat pakej sila ke laman web Maxis dan untuk maklumat lanjut dan spesifikasi penuh telefon ini sila klik link Maxis di bawah

Motorola Flip Out -
Motorola Charm -



Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

malayandroid

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!