Maxis sekarang telah menawarkan beberapa tambahan model-model telefon Android di dalam koleksi mereka untuk para pelanggan Maxis.Antara telefon terbaru ialah HTC Desire Z,Huawei Ideos dan Samsung Galaxy 3.Klik ‘baca selanjutnya’ untuk berita penuh.
HTC Desire Z, ekslusif bersama Maxis telah diumumkan bulan lepas bersama-sama model kembarnya yang dilancarkan bersama iaitu HTC Desire HD yang diberi hak ekslusif kepada DiGi.HTC Desire Z yang berkuasa 800MHz ini mempunyai skrin bersaiz 3.7 inci dan mempunyai papan kekunci fizikal.Maxis menawarkan telefon ini serendah RM1449.
Huawei Ideos pula menggunakan skrin bersaiz 2.8 inci dengan kuasa pemprosesan dari pemproses Qualcomm MSM 7225 dengan kelajuan 528MHz merupakan telefon Android ‘Entry Level’.Ia dilengkpi dengan kuasa RAM 256MB dan ROM 512MB.Kameranya pula berkebolehan mengambil gambar bersaiz sehingga 3.15 MP.Platform yang digunakan ialah Android 2.2 (Froyo).Ditawarkan serendah RM299.
Galaxy 3 pula ialah antara model terbaru dari Samsung.Telefon Android ‘entry level’ dari Samsung ini menggunakan pemproses 667MHz,RAM 256MB dan ROM 512MB dengan platform Android 2.1 (Eclair) yang boleh di kemaskini kemudian.Menggunakan skrin bersaiz 3.2 inci ianya tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil.Kamera pula berkebolehan mengambil gambar bersaiz 3.15MP.Telefon Samsung ini di tawarkan bermula RM449.
Untuk maklumat lanjut tawaran telefon Android yang ditawarkan oleh Maxis sila ke laman web mereka di
sini.














