Dengar-Dengar – Lenovo Tablet Android 10.1 & 5 Inci.

Engadget melaporkan Lenovo, sebuah syarikat komputer terkenal sedang dalam proses melancarkan tablet Android terbaru mereka.Apa yang menarik terdapat dua jenis iaitu tablet bersaiz 10.1 inci dan satu lagi dengan saiz seakan-akan Samsung Galaxy Note iaitu 5 inci.

Tablet bersaiz 10.1 inci dikatakan akan dikuasakan dengan pemproses Quad Core dari NVIDIA iaitu tegra 3 dan turut disertakan versi Android terbaru Ice Cream Sandwich.Ianya juga menggunakan keupayaan memori RAM DDR3 2GB dengan kelajuan 1600MHZ.Ianya juga dilengkapi kamera belakang yg belum diketahui resolusinya, malah ianya turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari dwi fungsi dimana ia mengesan cap jari anda sebagai medium keselamatan tambahan selain boleh juga berfungsi sebagai pengarah navigasi optikal diwaktu anda menggunakan tablet.

Tablet bersaiz 5 inci pula belum dapat diketahui spesifikasinya.Namun ianya diyakini akan dilengkapi dengan versi Android terbaru Ice Cream Sandwich juga.Sedikit informasi daripada gambar, ianya dilengkapi dengan micro-USB,kamera hadapan dan juga keluaran HDMI.Samada tablet ini boleh digunakan untuk membuat panggilan atau tidak, tidak diketahui lagi.Dikatakan kedua tablet ini akan dipasarkan dengan nama siri LePad dan IdeaPad mengikut tempat.

Sumber : Engadget

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!