Selepas kegagalan Logitech dengan Revue nya ( Tidak pernah memasuki Malaysia pun alat ni ),yang merupakan sejenis pemain untuk menjadikan set TV anda Google TV menyebabkan ramai yang berfikir projek Google TV akan gagal.Namun selepas Logitech mempersalahkan Google di dalam kegagalan ini,LG dikatakan memberi sokongan untuk meneruskan projek tersebut.LG merupakan pengeluar televisyen kedua terbesar dunia dikatakan akan memperkenalkan set Google TV mereka pada CES 2012 nanti yang akan berlangsung pada bulan Januari.
Samsung juga dikatakan didalam peringkat rundingan dengan Google untuk menghasilkan produk Google TV juga.
Kita tunggu dan saksikan samada berita ini benar atau tidak pada CES 2012 yang akan berlangsung pada Januari 2012 nanti.
Sumber : Bloomberg










