
Google telah mengeluarkan secara rasmi kod sumber ICS Android mereka kepada umum hari ini. Kod ini yang diwar-warkan akan dikeluarkan pada umum pada 17 November ini akhirnya berjaya mengejutkan para pengeluar telefon Android dan pembangun ROM Android persendirian dengan kemunculan awalnya.
Kemunculan awal kod sumber ICS ini boleh dikatakan sebagai tanda awal kemunculan Galaxy Nexus semakin hampir. Ianya juga sebagai berita baik berikutan pengeluar telefon-telefon Android gergasi seperti Samsung, HTC, Motorola dan lain-lain akan turut berlumba menyediakan kemaskini untuk telefon-telefon baru mereka serta telefon sedia ada selepas ini.




nice..saya suka.nampaknya cyanogen pon dah mula kerja laa.
mungkin..cyanogen saya tak tau,tapi MIUI sedang ‘bekerja’,die bagitahu melalui tweet die…
terjemahan yang betul untuk source code ialah kod sumber, bukan kod asas
terima kasih atas komen anda, kami akan perbetulkan tajuk itu nanti. terima kasih dan selamat tahun baru