Samsung Galaxy Note Kini Ditawarkan Di Celcom Dan DiGi

Samsung Galaxy Note yang baru dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia jumaat lepas di pusat membeli belah Pavillion telah ditawarkan untuk para pengguna DiGi dan Celcom dengan harga istimewa yang menarik serendah RM1549 bersama DiGi dan RM1368 bersama Celcom.*tertakluk terma dan syarat*

Celcom menawarkan telefon berkenaan dengan hargaRM1368 dengan pakej ‘Celcom Exec 250′ mereka dimana pengguna terikat dengan langganan bulanan RM250 selama 18 bulan.Pengguna juga boleh memilih untuk melanggan dengan komitmen bulanan yang lebih rendah RM88 atau RM108 tetapi terpaksa ‘mengorbankan’ lebih sedikit duit mereka bagi harga telefon berkenaan.Pengguna juga mempunyai pilihan untuk melanggan dengan pakej ini dengan masa langganan yang lebih pendek iaitu 12 bulan.Perlu diingatkan bahawa pelanggan juga dikehendaki untuk membayar ‘Upfront’ bernilai RM300 atau RM600 bergantung kepada pakej dimana ianya akan ditolak semula didalam bil-bil telefon anda selepas itu.

Tawaran Celcom

DiGi pula menawarkan telefon itu dengan harga RM1549 dengan komitmen bulanan RM68 bagi tempoh 24 bulan manakala dengan harga RM1799 bagi komitmen 12 bulan.Jika anda memilih untuk komitmen bulanan yang lebih rendah iaitu RM48 sebulan anda dapat memiliki telefon berkenaan dengan harga RM1749 untuk komitmen 24 bulan dan RM1899 untuk komitmen 12 bulan.Namun begitu terdapat bayaran pendahuluan yang berubah serendah RM50 dan setinggi RM500 bergantung kepada pakej yang anda pilih namun ianya akan dikembalikan kepada anda melalui penolakkan secara automatik didalam bil anda.Apa yang menarik,anda boleh membeli telefon ini secara dalam talian di laman DiGi ini.Untuk maklumat lanjut dan pengiraan, sila ke portal DiGi.

Sumber : DiGi  & Celcom Android

 

 

 

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!