HTC Desire HD, Incredible S Terima Kemaskini Sense 3.0

Walaupun dunia Android hangat memperkatakan kemaskini mengenai ICS, dan ianya merupakan kemaskini yang sangat di idam-idamkan oleh pemilik telefon Android di saat ini, dalam pada itu HTC mengumumkan kemaskini terbaru bagi telefon Android mereka iaitu model Desire HD dan Incredible S.Namun apa yang mengecewakan ianya bukan kemaskini ICS tetapi hanya peningkatan aplikasi Sense ke versi 3.0.Telefon berkenaan juga menerima kemaskini minor versi ke versi Gingerbread 2.3.5.Manakala pemilik HTC Wildfire S juga menerima kemaskini Gingerbread 2.3.5 juga namun mereka hanya menerima kemaskini Sense 2.1.Peningkatan kemaskini 2.3.5 ini dikatakan merupakan penyelesaian beberapa minor ‘bugs’ bagi versi sebelum ini.

Untuk informasi, Sense merupakan aplikasi UI khas di dalam peranti  HTC yang memaparkan grafik yang menarik.Di dalam versi 3.0 ianya dipertingkatkan dimana contohnya anda akan menerima ‘lock screen’ yang baru, aplikasi ‘weather’ yang lebih menarik dan sebagainya.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!