Samsung Galaxy S Dan Galaxy Tab Tidak Akan Mendapat ICS!

Berita yang mendukacitakan kepada semua pemilik telefon Galaxy S dan barisan tablet Galaxy Tab, Samsung menyatakan bahawa dua jenis peranti tersebut tidak akan mendapat OS terbaru Android, Ice Cream Sandwich (ICS) yang dinyatakan antara produk Samsung yang akan mendapat kemaskini OS pada tahun 2012 nanti.

Dalam blogpost terbaru Samsung menyatakan bahawa, akan terdapat komplikasi dengan TouchWiz, Samsung Widgets dan Panggilan Video sekiranya ICS dimasukkan ke dalam peranti-peranti tersebut, kerana dikenalpasti ianya tidak cukup ruang dalam peranti ROM untuk menampung jumlah data dalam OS Android generasi ke-4 tersebut.

Kami pasti dengan pengumuman berita yang mengecewakan itu akan membuatkan pengguna mencari alternatif lain untuk cuba mendapatkan ICS kedalam peranti mereka, yang pastinya dalam komuniti Android memang terdapat ramai pengaturcara kod Android yang boleh melakukan perkara tersebut sepertimana banyak ROM alternatif lain yang dihasilkan untuk telefon dan tablet lain. Namun tinjauan kami di forum XDA masih tidak menjumpai sebarang topik dibuka oleh pembina ROM alternatif untuk jenis peranti tersebut, namun jikalau kami jumpa, kami akan maklumkannya hanya di sini untuk para pembaca kami.

Membuatkan kami terfikir, adakah anda mula membenci dengan TouchWiz hanya kerana isu ICS ini?

Sumber: Engadget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments on "Samsung Galaxy S Dan Galaxy Tab Tidak Akan Mendapat ICS!"

  1. Jiwamuda says:

    nak tanya la apa tu ICS?

  2. Jaslehaidy says:

    ICS = Ice Cream Sandwich ( Android 4.0 )

Got something to say? Go for it!

 

Switch to our mobile site