
Alhamdulillah, malam semalam saya telah menerima 2 unit Samsung Galaxy Nexus untuk kegunaan saya dan rakan saya. Jadi hari ini saya berpeluang untuk berkongsi pengalaman dan pandangan saya mengenai peranti Android terbaru ini dengan lebih terperinci selepas menggunakannya lebih kurang sejak 12 jam yang lalu. Galaxy Nexus masih lagi belum dilancarkan di Malaysia, namun bagi mereka yang tidak sabar dan sanggup membayar lebih anda boleh la mendapatkannya secara pasaran underground.
Sebelum saya mulakan, elok kita perhatikan dulu spesifikasi lengkap model ini. Model yang saya terima ini adalah versi dari UK, untuk maklumat versi ini sedikit berbeza dengan versi dari US (Verizon) dari segi spesifikasinya.
| Pengeluar | Samsung |
| Model | Galaxy Nexus I9250 |
| Sistem Operasi | Android 4.0.1 (Ice Cream Sandwich) |
| Pemprosesan | Dual-core 1.2 GHz Cortex-A9 TI OMAP 4460GPU PowerVR SGX540 |
| Dimensi | 135.5 x 67.9 x 8.9 mm (Berat 135 g) |
| Skrin | 720 x 1280 pixel, 4.65 inci Super AMOLED |
| Memori | Storan (binaan dalam) 16/32GB 1 GB RAM Tiada slot memori tambahan |
| Rangkaian Mudahalih | 4G LTE (belum ada di Malaysia) 3G HSDPA 850/900/1700/1900/2100 2G GSM 850/900/1800/1900 |
| Hubungan/Data | HSDPA 21 Mbps, HSUPA 5.76 Mbps Wi-Fi 802.11 a/b/g/n (dual-band) DLNA, Wi-Fi hotspot NFC (Near Field Communication) Bluetooth versi 3.0 dengan A2DP USB versi 2.0 (microUSB) |
| Deria (Sensors) | Accelerometer, gyro, proximity, compass, barometer |
| Kamera | 5 MP, 2592×1936 pixels, autofocus, LED flash Touch focus, geo-tagging, face detection Video 1080p@30fps HD (Kamera hadapan 1.3 MP) |
| GPS | GPS beserta sokongan A-GPS |
| Bateri | Li-Ion 1750 mAh Standby 290 jam (2G) / 270 jam (3G) Talktime 17 jam 40 minit (2G) / 8 jam 20 minit (3G) |
Setiap set kotak Samsung Galaxy Nexus disertakan dengan 1 unit Galaxy Nexus (mestilah ;p), 1 unit bateri Li-Ion 1750 mAh, 1 unit earphone, 1 unit kabel mikro USB dan 1 unit pengecas (3 pin), serta nota panduan penggunaan ringkas.

Rekabentuk Fizikal
Samsung Galaxy Nexus mempunyai rekabentuk permukaan skrin yang berkonsep melengkung (curve) sama seperti peranti Nexus sebelum ini iaitu Samsung Nexus S. Bentuk ini direka sebagai menyesuaikan permukaan telefon ketika telefon diletakkan di telinga semasa bercakap. Selain itu, permukaan belakang Galaxy Nexus mempunyai texture tidak licin yang direka supaya tidak mudah terlepas dari tangan apabila dipegang.

Model ini pada mendapat saya bersaiz lebih besar berbanding kebanyakkan telefon lain pada masa sekarang, maklumlah skrin sahaja sudah bersaiz 4.65 inci tidak termasuk body. Seperti yang anda lihat dalam gambar dibawah, ianya memang besaiz besar dan saya sebenarnya tidak boleh menggunakan telefon ini sebelah tangan. Agak mustahil untuk mencapai bahagian atas skrin jika memegangnya dengan sebelah tangan.
Saya tidak akan mengulas terlalu terperinci mengenai rekabentuk fizikal ini kerana saya percaya ramai pembaca telah pun melihat bagaimana rekabentuk Galaxy Nexus ini.
Synchronization
Sesuatu yang saya suka mengenai Android adalah bagaimana Google telah berjaya mencipta satu ekosistem yang baik dimana semua kandungan Contacts, Calendar, Email, dan sebagainya disimpan dalam pelayan Google dan setiap kali pengguna mengaktifkan peranti mereka, ataupun bertukar kepada peranti yang baru semua maklumat dan data tersebut masuk secara automatik. Berikut data-data yang di synchronize sebaik sahaja saya mengaktifkan telefon ini menggunakan akaun Google saya semalam:
.
Dengan syarat, anda mestilah pernah mengaktifkan dan menggunakan ciri-ciri tersebut dalam peranti anda sebelum ini. Ada rakan bertanya kenapa senarai Contacts beliau tidak di synchronize secara automatik ketika bertukar kepada peranti baru, jawapannya kerana beliau tidak pernah menyimpan Contacts beliau menggunakan teknologi pelayan Google sebaliknya hanya menyimpan secara lokal di peranti sahaja. Oleh itu nasihat saya, gunakan kemudahan dan teknologi yang disediakan Google untuk manfaat anda. Jadi, sentiasa aktifkan fungsi automatik synchronize untuk semua data anda hari ini juga.
Dibawah ditunjukkan bagaimana semua senarai lagu kegemaran saya sudah boleh dimainkan dalam telefon baru ini sebaik sahaja saya mengaktifkannya. Bukan itu sahaja, album foto saya juga semuanya sudah tersedia di dalam galeri. Tak perlu transfer gambar lagi. Nak buat panggilan/sms? Semua senarai kenalan sudah tersedia di dalam Contacts. Sungguh cool bukan?

Prestasi
Galaxy Nexus dikuasakan oleh pemproses dwi-teras 1.2 Ghz Cortex-A9, mungkin bukan sistem pemprosesan yang terpantas pada ketika ini namun ia masih boleh dikategorikan berada dalam kumpulan yang agak baik. Hasil ujian benchmark ringkas yang saya lakukan sebentar tadi

Peluncur Web
Dalam Android 4.0 (Ice Cream Sandwich), terdapat peningkatan ketara terhadap prestasi dan kelajuan meluncur web, saya boleh katakan membuka laman web menggunakan peluncur dalam Android 4.0 jauh lebih lancar dan laju berbanding dengan Android 3.0 pada Motorola Xoom saya, juga dengan Android 2.3.6 pada Nexus One saya. Ini adalah peluncur terbaik Android setakat ini. Scrolling masih lancar walaupun membuka website yang kompleks dan bersaiz besar. Peluncur web baru ini juga turut menyokong fungsi multi-tab yang sebenarnya adalah salah satu ciri-ciri peluncur dalam Android 3.0 (Honeycomb) sebelum ini, cuma cara paparan tab mungkin sedikit berbeza bagi menyesuaikannya dengan skrin bersaiz lebih kecil.
Satu fungsi yang mungkin ramai tidak perasan, peluncur web dalam ICS ini juga boleh di synchronize dengan peluncur Google Chrome pada latop/PC anda. Sebagai contoh dalam gambar dibawah boleh dilihat semua senarai bookmarks yang saya simpan dalam Google Chrome di laptop saya secara automatik juga disenaraikan dalam peluncur web di Galaxy Nexus. Satu ciri yang cukup bagus, memudahkan pengguna untuk membuka laman web kegemaran mereka pada dua peranti yang berbeza.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian juga, peluncur web dalam Ice Cream Sandwich juga menyokong HTML5, dalam masa yang sama masih menyokong kandungan Adobe Flash.
Ok, cukup setakat ini sahaja. Anda juga boleh ke profil Google+ saya untuk melihat beberapa gambar yang sempat saya muat naik.
Update: Klik disini untuk sampel rakaman video HD dan foto kamera menggunakan Galaxy Nexus










salam,
saudara..macam mana dengan performance battery galaxy nexus ni..adakah boleh bertahan seharian 8 pagi – 5 petang tanpa perlu cas semula??
Tak boleh, kebiasaannya saya perlu cas dua kali sehari. Namun jika anda menggunakan telefon secara minimum (hanya untuk panggilan dan sms secara minima, tanpa menggunakan perkhidmatan data/gps) mungkin boleh bertahan sehari.
antara galaxy nexus dengan galaxy tab 7.0 plus manakah lebih berbaloi untuk dibeli.saya seorang student jadi manakah pilihan terbaik ?
Ikut penggunaan saudara.Secara umumnya kalau saudara beli fon/tablet tu mainly untuk apa.Kalau bnyk buka website, edit doc rasanya tablet lagi sesuai sbb skrin besar
saya rase harge fon sebanyak 1.2k macam mahal sangat sebab tu saye consider antara dua gadget nie.saya rase macam tablet lagi besar so harge 1.2k murah.penggunaan saya hanya untuk tngok video dailmotion n for play games dan lagu serta whatsapp.so apa pendapat saudara ?
mcmn nk bt pnggilan 3g dgn fon ni….
telefon ni boleh buat call 3g tak? kalau boleh, mcm mn nak set up
mcm na nak buat panggilan video call 3g…