
Samsung Galaxy Tab 7 Plus merupakan barisan Galaxy Tab terbaru kami telah mencuba, dan pendapat kami mengenainya adalah ianya merupakan sebuah tablet yang telah banyak berubah, dari segi spesifikasi mahupun rekabentuk, ia adalah tablet yang sesuai untuk mereka yang sentiasa bergerak dan keluarga.
Spesifikasi
Nama: Samsung P6200 Galaxy Tab 7.0 Plus
Saiz: 193.7 x 122.4 x 9.9 mm
Berat: 345 gram
Paparan: Skrin sesentuh PLS LCD, 16 juta warna, TouchWiz UX UI
Resolusi: 600 x 1024 piksel, 7.0 inci (~170 ppi ketumpatan piksel)
CPU: Dual-core 1.2 GHz
Android OS: Android OS, v3.2 (Honeycomb)
Kamera Pertama (Belakang): 3.15 MP, 2048×1536 piksel, fokus auto, LED flash
Kamera Kedua (Hadapan): 2 MP
Video: 720p@30fps
Rangkaian 2G: GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
Rangkaian 3G: HSDPA 900 / 1900 / 2100
Slot Kad Memori: microSD, sehingga 64 GB
Memori Dalaman: Storan 16/32 GB, 1GB RAM
GPRS: Ya
EDGE: Ya
Kelajuan Data: HSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps
WLAN: Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, Wi-Fi Direct, dual-band, Wi-Fi hotspot
Bluetooth: Ya, v3.0 dengan A2DP, HS
Infrared port: Ya
USB: Ya, v2.0, USB Host support
Jenis Alert: Vibration; MP3, WAV ringtones
Loudspeaker: Ya, dengan speaker stereo
3.5mm jack: Ya
Bateri: Bateri standard, Li-Ion 4000 mAh
Rekabentuk
Rekabentuk Samsung Galaxy Tab 7 Plus telah banyak berubah (7.7″ x 4.8″), kita bandingkan dengan Galaxy Tab yang pertama dahulu, ianya lebih nipis lagi, namun dari segi diameter panjang ia lebih sedikit dari yang sebelumnya, namun jika dipegang ia terasa sangat sesuai dan boleh diletakkan di dalam poket anda.

Segala port yang anda perlukan seperti audiojack, microsd, simcard, caj bateri segalanya berada di kedudukan yang sesuai, cumanya untuk Galaxy Tab 7 Plus ini bahagian bateri tidak boleh dibuka dan memerlukan anda untuk hantar ke kedai sekiranya mahu ditukar ganti.
Tablet ini sesuai sekiranya anda mahu membaca sesuatu, melihat video, ataupun bermain permainan, ianya sangat senang dilihat, walaupun anda mengubahnya dari sudut potrait ke sudut landscape sekalipun. Namun sepanjang penggunaan kami dengan tablet ini kami sentiasa mempunyai masalah apabila tertekan dengan butang power di sebelah kanannya ataupun semasa diletakkan di dalam poket, sebolehnya kami cadangkan agar butang tersebut diletakkan di atas bagi mengelakkan ia ditekan tanpa kita sedari.
Prestasi Perkakasan
Galaxy Tab 7 Plus menggunakan processor Dual-core 1.2 GHz Exynos yang dihasilkan sendiri oleh Samsung, walaupun ia sedikit ketinggalan dari segi kepantasan jika dibandingkan dengan processor terbaru keluaran Nvidia iaitu Tegra 3, tapi dari segi benchmark yang kami lakukan dengan aplikasi Quadrant, ianya masih lagi dalam tahap yang pantas jika dibandingkan dengan peranti lain jenis Android di pasaran.

Malah beberapa aplikasi dan permainan yang menggunakan grafik yang berat juga tidak mempunyai sebarang masalah.
Sistem TouchWiz UX yang Samsung gunakan juga sangat baik, daripada buka aplikasi hinggalah melayari laman web, Galaxy Tab 7 Plus dapat melakukannya dengan baik, tambahan lagi dengan storan 16GB yang ia miliki, anda tidak akan ada masalah dalam memasukkan banyak aplikasi dan permainan namun harus ingat-ingat dengan jumlah kapasiti yang peranti anda mampu tampung. Tapi itu juga boleh diatasi dengan membeli kad SD yang berada di pasaran, maksimum hanyalah hingga 64GB sahaja.
Dan satu perkara yang kami sangat puas hati sekali dengan Galaxy Tab 7 Plus ini adalah keupayaan data networking dan juga Wifi nya. Ia sangat pantas sekali, anda pasti suka dengan kelajuan anda membuka laman web dan muat turun sebarang permainan yang bersaiz besar. Galaxy Tab 7 Plus juga mempunyai fungsi untuk berkongsi rangkaian internet anda miliki, dan ketika kami mengujinya, kami sangat kagum dengan kepantasan yang tablet ini boleh kongsikan, ia seperti anda melanggan Unifi, ataupun mana-mana perkhidmatan wireless broadband, membuka video seperti dari web YouTube, Vimeo sangat kami suka. Boleh jadi penyelamat pada tugasan anda sekiranya talian internet anda di pejabat terputus.
Perisian
Samsung Galaxy Tab 7 Plus menggunakan OS Android Honeycomb, yang mana jikalau peranti yang masih baru lagi anda beli adalah dalam versi 3.2. Disinilah antara beberapa perkara yang kami rasakan Google masih lagi banyak perlu dilakukan. Bagi kami, Android OS Honeycomb masih lagi banyak masalah, ini tiada kaitan dengan Samsung, tapi dengan Google, terlalu banyak masalah dengan sistemnya yang kami boleh senaraikan seperti tidak boleh lock screen, kadang-kala ia tersekat semasa perubahan paparan dari sudut landskap ke potrait, dan pelbagai lagi. Namun begitu, sepanjang kami memiliki tablet ini, kami telah mendapat beberapa kemaskini sistem yang Samsung berikan untuk memperbaiki kekurangan pada Galaxy Tab 7 Plus.
Sehingga kini kami lihat, versi ‘baseband’ yang Galaxy Tab 7 Plus telah terima kemaskini adalah pada P6200DXKK5, dan kami percaya pengguna akan terima banyak lagi di masa akan datang nanti, ini bagi memastikan anda akan puas hati dengan keupayaan tablet ini.
Setiap peranti tablet keluaran Samsung pastinya menggunakan antaramuka TouchWiz UX, kami sangat menyukainya sekali, ia mempunyai lebih banyak fungsi jika dibandingkan dengan Honeycomb yang asal. Beberapa perisian yang telah tersedia didalam seperti AccuWeather.com, Pen Memo, Associated Press (AP) Mobile juga sangat cantik dipaparkan, tapi kami kesal dengan beberapa aplikasi dan permainan yang tidak menyokong tablet ini seperti Path, yang sentiasa mempunyai masalah force-close berulangkali walaupun banyak kemaskini telah kami lakukan, dan juga permainan Asphalt 6 yang tidak boleh dimasukkan kerana tidak menyokong spesifikasi untuk Galaxy Tab 7 Plus. Tapi tak perlu risau, kerana terdapat ribuan lagi aplikasi dan permainan di Android Market yang anda boleh gunakan dengan tablet ini tanpa ada masalah.
Paparan, Bateri Dan Kamera
Paparan LCD pada Galaxy Tab 7 Plus sangat menarik sekali, ini kerana resolusinya sebesar 1024×600 dan 170 DPI yang dimilikinya bagi kami pun sudah cukup, walaupun Galaxy Tab 10.1 yang kami uji sebelum ini mempunyai paparan yang lebih baik lagi, tapi kami rasakan pengguna pasti akan kata “ini sudah okay” punya nanti.
Mengenai bateri, Galaxy Tab 7 Plus mempunyai perkakasan bateri yang sangat baik, tablet ini boleh bertahan berjam-jam lamanya jikalau anda kuat menggunakan aplikasi media sosial yang pastinya menggunakan sambungan internet yang berterusan, paling kuat ianya boleh tahan – 4-5 jam. Jikalau tiada apa dilakukan, hasil dari ujian kami ianya boleh bertahan lebih dari 24 jam.
Bagi kamera pula, komen kami adalah ianya sekadar baik sahaja dalam penghasilan imejnya, kerana kami semua mempunyai pengalaman menggunakan kamera DSLR, kami rasakan Samsung boleh melakukan lebih baik lagi dengan kameranya, tapi percaya dengan kami, ianya jauh lebih baik dari kamera Galaxy Note miliki, mengambil foto dalam keadaan kurang cahaya menghasilkan kualiti gambar yang baik, dan penggunaan flash juga ketika menangkap foto sangat cantik, anda boleh lihat contoh beberapa foto yang kami telah ambil dengan Galaxy Tab 7 Plus ini.



Konklusi
Ini adalah sebuah tablet yang sangat bagus, Galaxy Tab 7 Plus mempunyai pakej yang lengkap dari segi perkakasan dan perisian yang kami rasakan ianya boleh menjadi tablet yang sesuai sekali sekiranya anda mahu melakukan tugasan kerja anda semasa bergerak, bermain permainan, bersosial dengan rakan anda di Facebook dan Twitter, Galaxy Tab 7 Plus sesuai untuk anda. Dan kami berharap pihak Google dan Samsung dapat menghantar lagi banyak kemaskini kepada tablet ini supaya ianya boleh jadi sempurna lagi di masa akan datang.
Sekiranya anda ingin membuat panggilan dengan tablet ini kami mencadangkan agar anda menggunakan perkakasan bluetooth yang menyokong peranti ini, kerana bagi kami yang telah menggunakannya, menjawab panggilan dengannya tanpa sebarang perkakasan tanpa wayar lain adalah sangat tidak menarik dilihat oleh umum. Namun jika anda selamber seperti kami, angkat saja panggilan itu tanpa pedulikan orang lain.

Galaxy Tab 7 Plus juga tahan lasak, beberapa ujian yang kami lakukan dengannya tidak ada meninggalkan sebarang kesan langsung keatas peranti tersebut, kerana sebelum ini ramai yang kurang berminat dengan keluaran Samsung yang dikatanya terlalu plastik, tapi untuk tablet yang ini kami dengan pasti katanya ia tidak sama sekali.
Dan akhir sekali, harga runcit bagi Samsung Galaxy Tab 7 Plus adalah RM1,699 dan syarikat telekomunikasi DiGi, Celcom, dan U Mobile ada menyediakan pakej-pakej menarik untuk tablet ini.
Galaxy Tab 7 Plus adalah sebuah peranti yang menarik, tapi kami rasakan ia mungkin akan tenggelam dengan kemunculan banyak tablet baru keluaran Samsung nanti dan syarikat lain. Namun jika anda mahukan sebuah peranti yang tidak terlalu besar, tidak terlalu mahal dan sebuah tablet, maka ini adalah untuk anda.










info yg sangat bagus bagi sesiapa yg plan nak beli samsung galaxy tab 7.0 plus!
terima kasih
nak tanya tab 7 plus ni boleh buat call melalui gsm (simkad) ke tak?
7 plus boleh membuat panggilan seperti telefon biasa, hanya masukkan simkad sahaja ke dalam slotnya di tepi
Nak tanya, gambar tab 7.0 plus ni kalau dicuci saiz A4 ok ke……?
Bagaimana nak guna sim card DIGI, perlu call DIGI center dulu ke utk dptkan setting
tak perlu call, boleh rujuk setting APN tu disini: http://forum.lowyat.net/topic/1473755/all
masalah 7 plus ni byk jgk trmasuk video dlm aplikasi fb x bole play,game hd kebanyakan semua x bole play jgk & rasanya tiada berita tentang untuk kemaskini kepada Ice Cream Sandwish sedangkan model samsung lain kebayakannya telah dpt dikemaskini kpd ISC.Sesiapa yg tahu mengatasi masalah ini,toong beri jln penyelesaiannya..
tq
kami rasa masalah 7 plus ni dan tablet2 yang lain adalah pada versi android dia: honeycomb. kitorang lihat honeycomb ni adalah versi android yang sangat buggy, seolah versi vista dan ME untuk windows.
tapi aplikasi macam FB yang abon tak boleh bukak tuh macam ada something wrong kat tempat lain, pasal saya sendiri guna galaxy tab 7 plus takde masalah, video fb nak load pun okay, yang tentang game hd tuh kami rasa kami salahkan pada developers, bukan samsung, bukan google, tapi pengeluar permainan tersebut, sebab diorang tak buat testing betul2 untuk game yang diorang buat tuh untuk sesetengah peranti, sangat mengecewakan! anda boleh baca komen dari orang ramai kat page game diorang, we are not alone.
tentang ICS tuh memang kita semua sangat nantikan, rasanya for now samsung pun tengah work hard untuk pastikan ICS betul-betul boleh berjalan dengan baik dalam galaxy tab 7 plus, cuma tarikh mereka akan release dan update dari diorang takde langsung diberitahu, itu kami juga sangat mengecewakan.
cheers!
salam..saya ada membeli galaxy tab 7 plus, ingin bertanya sekiranya saya memasukkan sim kad broadband ke dalam galaxy tab ini..adakah dalam masa yang sama..simkad hp juga dapat dimasukkan skali? atau kena pilih mana2 satu.
xboleh..satu slot sahaja untuk simkad.sim kad broadband adalah sama macam simkad biasa, so bila ummu dah masukkan dalam simkad slot tu, dah xde slot lain kan?..
dan macam mana nak setting sim kad broadband u mobile dalam galaxy tab ye? sebab bila sy masukkan..xdapat connect pula..
SALAM..hye nak tyer laa..kenapa saya masuk kan usb samsung 7.0 ny ke laptop xconnect yek??bukan ke lau msuk kan usb laptop terus install..tapi yg ny xley..harap dpt membantu..tq..
nak tnya, galaxy tab 7 plus ni mmg support call n SMS ke? n, blh call through headset x? or kna pki bluetooth accesories..
Boleh buat call/sms mcm fon biasa.Boleh call direct pakai headset,xde masalah.
semua suport, call, sms, mms gps dan wifi dan video call
kenapa galaxy tab aku x bole connnect wifi wpa, wep bole
sila ke group untuk bertanyakan soalan..ramai sikit yang jawab
https://www.facebook.com/groups/malayandroid/
masalah yang sama dengan saya
harap ada insan yang dapat membantu
hai ,sy pki gtab 7.0 plus ni ,tp dah 2kali hp terpadam sendiri .1st tu bwk g kedai ,penjual tu charge and boleh on .kali ke 2 baru je td .even dh charge almost 1hour still nak on semula tak boleh .please help
Cuba tanya kat group FB kite…mungkin ada member yg boleh tolong jawabkan
https://www.facebook.com/groups/malayandroid/
Fungsi handwrittng pada keyboard tak boleh access. Buttonnya tak menyala. Kat mana settingnya? sudah puas cari. Harap ada yg boleh bantu
salam sy ade beli tab 7 plus bru2 ni….sy nk tnye batry die bole thn berapa lame..sbb sy pkai utk on9 je btrry mcm kuat sket cpt abis..hari2 sy cas..
Salam nak tnye sikit lah ..
Saya baru beli GT 7.0 plus .. Kenapa yea bila orang hantar message takda sound ?
memang macam tu ka ?
kenapa Tablet Tab sambung 10.1 saya kadang tak keluar skrin bila dihidupkan? jika boleh nampak skrin pun terdapat blur dan garisan pecah pecah???? baru guna dlm 9 bulan..
saya ada galaxy tab 10.1…baru 2 bulan beli..sekarang dia x bole on…nak kata bateri kong bila charge dia x menyala pn…
bole ke buat facebook video call through samsung 7 plus?
Saya mempunyai Samsung Galaxy Tab 7 Plus.
Ya, ia menyokong panggilan video kerana ada kamera depan.
Dan juga menyokong video call skype.
antara galaxy nexus dengan galaxy tab 7.0 plus manakah lebih berbaloi untuk dibeli.saya seorang student jadi manakah pilihan terbaik ?
masalah 7 plus sy ni bile downld 3-4 game yg xberape besar MB pn dah jdi berat,.
contohnye,.bole nk bukak msj lmbt,.pas 2 nk buat pgglan pn lmbt.,kenapa ye??adakah memang macam ini?die mcm slow la.,pdahal memory fon msih ade 11GB.,ada sesiapa yg sudi membantu masalah sy ni??
rsa nya ada virus… blh check.. sya download lju jer.. xde problm pe pn stakat ni.. tab 7 plus sya dh upgrade ke ics.. smooth dan lju.. mgkn jga bro blh check memory.. mgkn ada software2 yg on scara snyap2..
ea mcm ane kalo galaxy tab sye tibe2 die jem atw tersngkot..die x na brgk?? ape ptot sye buat??
Mau tanya kalo hasil kamera tabnya ada kayak spot cahaya putih bulet2 gitu knp ya? Tp klo pake flash ditempat gelap aja. Makasih ya mas hehe
nak tanye kenapa bila charge dia kluar kat betery pangkah(x) lepastu dia cakap “connect to a plug device and close unused applications in task manager.contineus usage while charging may prevent efficient chaeging..harap balas
saya ingin bertanya pendapat…. saya ingin membeli sebuah tablet … lebih2 lagi kalau kena travel atau ke kursus, seminar or outstation….
apa pendapat semua… mana tablet yang sesuai… sebab saya agk serba salah sama ada mahu beli asus nexus 7 yang dah ada 3G sekarang ni atau samsung galaxy tab 7 plus atau samsung galaxy tab 7.7?
saya memang tidak perlu kepada game2 yang ada sebab saya tak suka main ‘game’
lebih kepada surfing internet, blog2 atau mana site2 yang ada kaitan dengan suasana kerja saya -academic-
lebih kepada e-mail dan sedikit FB…
banyak guna e-book untuk tujuan pembacaan
apa pendapat semua … tablet mana yang paling sesuai dan berbaloi dgan harga…
terima kasih semua
aku guna tab 7plus ni sjk bln 4 thn lepas…kira puad hati dh utk internet..aku pun bkn kaki games, bg aku..baik ko amik 7.7 ,kalu nk murah amik 7 plus or tab 2 7,
Ada sesiapa tau mcm mana nak upgrade itab ni from honeycomb? Tak dptlah nak upgrate frm setting
Dah try pakai KIES?..try dulu