
Anda bersedia untuk pengalaman yang permainan video yang dipertingkatkan di telefon/tablet Android anda? Nvidia telah menunjukkan contoh permainan yang menggunakan pemproses terbaru mereka iaitu TEGRA 3 di laman YouTube rasmi mereka.Permainan video bertajuk ‘Shadowgun’ itu menunjukkan kuasa pemprosesan sebenar pemproses dan pemproses grafik dari Nvidia itu.
Permainan video ‘Shadowgun’ sebelum ini turut terdapat pada peranti Android yang menggunakan TEGRA 2.Apa yang diperhatikan kualiti gambar dari pemproses Tegra 3 adalah lebih menarik dengan gambar yang lebih teliti.Anda boleh perhatikan dari video (TEGRA 3) tersebut dimana anda boleh melihat bagaimana lampu berkelip dan asap kelihatan diwaktu bersama watak pemain mahupun musuh sedang bergerak.Malah anda juga boleh lihat bagaimana imej air dihasilkan dimana ianya lebih asli.Ini tidak seperti kualiti permainan ini untuk TEGRA 2 dimana ianya lebih kaku.
Walaupun setakat ini hanya satu sahaja peranti Android iaitu tablet ASUS Transformers Prime yang dilancarkan dengan pemproses ini,video ini bakal ‘meracun’ pengguna bagi memilih telefon atau tablet Android yang berkuasa TEGRA 3 pada masa akan datang terutamanya kepada para peminat permainan video.Dengan perkembangan ini,apakah pendapat anda?, adakah PS3,Xbox dan konsol permainan lain akan ‘pupus’ di masa akan datang?.Kita saksikan.
Video permainan ‘Shadowgun’ TEGRA 3
Video Permainan ‘Shadowgun’ TEGRA 2




wow!!! telefon apa guna nvidia tegra 3 nie? mahal tak?
Belum masuk malaysia lagi phone yg pakai Tegra 3 ni.Antara phone yang dah announce ialah LG 4X HD. Biasa la mula2 masuk harga die dianggar dalam 2k