
Terdapat khabar angin mengatakan yang Google sedang dalam perancangan membangunkan processor dan GPU mereka sendiri untuk barisan peranti Nexus di masa akan datang, cadangannya adalah mereka benar-benar mahu bersaing dengan syarikat-syarikat yang lain dalam menghasilkan sendiri komponen untuk setiap peranti dibawah OS Android, dan Google memilih komponen processor dan GPU sebagai langkah pertama mereka untuk tujuan itu.
Namun hingga kini ianya masih lagi dalam peringkat spekulasi, kita berharap agar Google dapat memberi komen mengenainya di masa akan datang.
Sumber: AndroidGuys









