Huawei Perkenal Android Terpantas Dunia Di Kuasakan Pemproses K3V2

Huawei telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka di WMC 2012 di Barcelona. Telefon yang dikuasakan oleh Android itu dikenali sebagai Huawei Ascend D Quad. Apa yang menarik telefon mereka mencipta sejarah kerana mereka mengatakan ianya merupakan telefon pintar terpantas di dunia buat ketika ini. Dengan dikuasakan dengan kuasa pemprosesan empat teras ( Quad Core ) 1.5 GHz pemproses mereka sendiri ( HiSilicon ) yang dikenali sebagai pemproses K3V2. Telefon ini menggunakan paparan skrin bersaiz 4.5 inci dengan resolusi tinggi HD 720p dengan dpi densiti 330ppi ( lebih tinggi dari I Phone 226ppi ) dan Android versi 4.0 ( Ice Cream Sandwich ) sebagai platform. Telefon ini juga dikatakan menggunakan teknologi yang dapat menjimatkan bateri sebanyak 30% daripada biasa selain menggunakan bateri berkapasiti besar 1800mAh/2000mAh. Kuasa RAM pula ialah 1GB dengan memori dalaman 8GB. Ia juga berkeupayaan untuk merakam/mengambil gambar atau video dengan definisi tinggi sehingga 1080p menggunakan kamera belakang 8 Megapiksel dan turut berkeupayaan memainkan video 1080p tersebut.

Pemroses K3V2 dari Huawei ini dikeluarkan oleh HiSilicon dikatakan menggunakan empat teras pemproses dari ARM Cortex A9 ,enam belas teras unit pemprosesan grafik Super dan sistem memori 64-bit. Mengikut ujian yang dijalankan oleh mereka, pemproses ini merupakan pemproses aplikasi terpantas bagi grafik dan kuasa pemprosesan buat ketika ini.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

One Comment on "Huawei Perkenal Android Terpantas Dunia Di Kuasakan Pemproses K3V2"

  1. idd says:

    Ini pun terbaik. Bila akan sampai ke Malaysia?

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!