Samsung Galaxy Tab dari Samsung mempunyai pelbagai variasi dari yang kecil bersaiz 7 inci sehinggakan ke saiz 10 inci. Walaupun dari segi perisian adalah lebih kurang sama, namun terdapat ciri-ciri yang terdapat pada mereka yang menonjolkan personaliti tablet berkenaan. Kali ini kami akan membuat perbandingan diantara dua tablet yang terbaru dalam keluarga tablet ini iaitu Samsung Galaxy Tab 7.7 dengan abang terdekatnya iaitu Samsung Galaxy tab 7 Plus. Kedua-dua model ini dikatakan merupakan versi galaxy tab asal yang dipertingkatkan untuk pengguna dan Galaxy Tab 7.7 diumumkan pada akhir Oktober 2011. Semoga artikel ini akan menjadikan panduan kepada pembaca yang didalam dilema memilih diantara dua tablet ini.
Jika anda lihat tablet ini dari sudut pemproses, Galaxy Tab 7 Plus menggunakan pemproses 1.2GHz manakala Galaxy Tab 7.7 menggunakan pemproses 1.4 GHz, sama dengan pemproses yang terdapat pada Samsung Galaxy Note. Kedua-dua tablet ini mempunyai RAM 1GB. Dari segi kuasa pemproses kita dapati Galaxy Tab 7.7 telah dipertingkatkan. Kedua-dua tablet ini menggunakan versi Android Honeycomb 3.2 dengan sentuhan Samsung TouchWiz UX.
Samsung Galaxy Tab 7.7 adalah 2mm lebih nipis daripada Galaxy Tab 7 plus yang setebal 9.9mm. Beratnya pula hanya 340g berbanding 7 Plus yang seberat 345g.
Antara salah satu ciri-ciri yang mendahului Galaxy Tab 7 plus yang terdapat pada Galaxy Tab 7.7 ialah skrinnya. Ini kerana buat pertama kali Samsung meletakkan senjata terkuatnya didalam tablet ini apabila ia menggunakan skrin Super AMOLED, bukan Super AMOLED biasa tetapi Super AMOLED Plus!. Iaitu versi HD skrin ini. Skrin jenis ini tidak pernah digunakan oleh mana tablet sebelum ini dan secara automatik menjadikan tablet ini yang pertama menggunakannya didunia. Skrin Galaxy Tab 7 Plus ialah 1024×600 piksel manakala Galaxy Tab 7.7 1280×800 piksel. Sudah tentulah Galaxy Tab 7.7 mempunyai resolusi piksel yang lebih tinggi bertepatan dengan saiz skrinnya. Ditambah dengan skrin Super AMOLED Plus, maka skrinnya nampak cantik dimata anda.
Dari segi kamera pula kedua-dua tablet mempunyai kebolehan yang sama iaitu kamera utama 3 Megapiksel dengan autofokus dan lampu LED dan kamera pendua hadapan 2 Megapiksel. Kedua-dua tablet boleh merakam video dengan kualiti HD 720p. Namun paparan gambar dah tentunya cantik pada skrin 7.7 kerana skrinnya.
Kedua-dua tablet mempunyai rangkaian ataupun kebolehan sambungan yang sama iaitu HSPA+, GPRS, WiFi 802.11 a/b/g/n, dual-band support, 802.11n WiFi Channel Bonding, WiFi Direct, Bluetooth and USB 2.0 Host.
Berikut merupakan perbandingan spesifikasi dua tablet tersebut.
Daripada pendapat kami kedua-dua tablet ini adalah terbaik. Hanya berbeza sedikit sahaja dari segi spesifikasi. Jika anda mempunyai lebih sedikit wang untuk dilaburkan, ambil sahaja tablet terbaru iaitu Samsung Galaxy tab 7.7. Jika tidak ambil sahaja Samsung Galaxy tab 7 Plus yang dijamin ianya juga cukup memuaskan hati. Tepuk dada tanya selera ( dan poket? ).
Tambahan :
Untuk ulasan penuh Samsung Galaxy Tab 7 Plus sila klik sini.
Untuk ulasan penuh Samsung Galaxy tab 7.7 sila klik sini.
* Kemaskini ( 30/03/2012 ): Jenis GPU telah dimasukkan ke dalam spesifikasi. Untuk versi Malaysia ataupun mungkin sudah ditukar oleh Samsung, Quickoffice HD telah digantikan dengan Polaris Office.
* kemaskini ( 03/04/2012 : Harga terbaru Samsung Galaxy tab 7.7 ialah RM1899












thanks for the info
boleh buat rujukan..
Salam,
saya menggunakan SGN GT-N7000. masalah saya. HP saya selalu “hang” dan kerap “off” secara automatik. bila dibawa ke kedai samsung (HQ) kt low yat. dia cakap perlu tinggalkan untuk 3-5 hari.
Lagi satu, mcmana nak convert contact number di simcard ke phone?
tuan ada cadangan ker mcmana boleh selesaikan masalah ni tanpa tinggalkan hp di kedai?
Sekian, terima kasih.