Tablet ASUS iaitu Eee Pad Memo 171 kini boleh didapati di Malaysia dengan harga RM1599. Tablet dengan skrin bersaiz 7 inci ini mempunyai kebolehan untuk digunakan sebagai telefon biasa bagi menjawab telefon dan pesanan ringkas. Apa yang menarik dengan set ini anda mempunyai pilihan untuk tidak perlu menekapkan tablet ini kemuka anda lagi bagi menjawab panggilan seperti beberapa tablet-tablet Android yang dilancarkan sebelum ini kerana set ini didatangkan bersama seunit kit bebas tangan Bluetooth dari ASUS sendiri. Kit ini mempunyai skrin monokrom dan dengannya anda boleh memeriksa senarai panggilan, menyemak pesanan ringkas ( SMS ) dan mendengar muzik. Tablet ini menggunakan versi Android 3.2 yang boleh di kemaskini ke Android 4.0. Skrin yang digunakan ialah skrin LED 7″ WXGA (1280×800) Super IPS+, Corning® Gorilla® Glass .Kuasa pemprosesan dari pemproses dua teras Qualcomm 8260 1.2GHz dengan memori RAM 1GB. dan memori terbina dalam 16GB. untuk maklumat penuh dan spesifikasi sila ke laman sesawang ASUS
Sumber : SoyaCincau











..fungsinya seakan menyamai Samsung Galaxy Note.
menarik tablet ni…