Google Currents, Sekarang Di Malaysia.


Google Currents telah diperkenalkan oleh Google pada penghujung tahun 2011. Hari ini aplikasi berciri majalah untuk tujuan memudahkan anda membaca blog dan laman sesawang ini telah boleh dimuat turun oleh kita di Malaysia secara terus melalui Google Play. Sebelum ini pengguna Malaysia hanya boleh menggunakan aplikasi ini dengan cara memasang aplikasi ini secara manual melalui fail APK yang didapati melalui internet. Google Currents secara keseluruhannya memudahkan anda membaca artikel terutamanya kepada para pengguna tablet Android kerana antaramuka yang mudah dan kebolehan untuk memuat turun data secara sembunyi ( background ) sewaktu anda mempunyai talian internet yang kemudiannya membolehkan anda membaca artikel secara luar talian ( Offline ) mengikut keperluan anda pada bila-bila masa. Menurut Google, aplikasi ini sangat pantas melakukan penyegerakkan data dengan laman sesawang yang anda inginkan sehingga 7 kali ganda. Anda boleh dapatkan muatturun tersebut di Google Play ataupun sila klik atau imbas kod QR di bawah.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!