Google hari ini melancarkan perkhidmatan terbaru mereka iaitu ‘ Google Drive’ iaitu perkhidmatan penyimpanan fail-fail anda pada pelayan mereka dan seterusnya ianya boleh diakses oleh anda atau orang lain diatas kebenaran anda melalui peranti lain seperti PC dan tablet termasuk Android anda dimana-mana menggunakan jaringan internet. Ia sebenarnya seakan-akan perkhidmatan penyimpanan fail lain yang sedia ada seperti DropBox. Anda boleh memuat naik fail-fail seperti gambar, PDF, video, Google Docs dan lain-lain. Selain anda mempunyai kelebihan untuk akses dimana-mana, anda juga boleh berkongsi fail-fail anda dengan orang lain yang anda berikan kebenaran dan orang berkenaan turut dapat memberikan komen dan sebagainya. Anda juga boleh menggunakan enjin carian yang terbina dalam bagi mencari fail-fail anda malah turut berkeupayaan mengesan walaupun didalam keratan surat khabar yang anda muat naik.
Buat permulaan ketika mendaftar anda diberikan ruangan percuma sebanyak 5GB. Jika anda memerlukan lebih dari itu, anda boleh melanggan ruang 25GB untuk USD2.49/Bulan, 100GB untuk USD4.99/Bulan, 1TB untuk USD49.99/Bulan dan seterusnya sehingga maksimum 16TB. Untuk maklumat lanjut mengenai kapasiti simpanan yang ditawarkan anda boleh klik sini. Muat turun Google Drive untuk Android di Google Play di sini.
Sumber : Google Blog











