Kemaskini ICS SONY Xperia Kumpulan Pertama Sekarang Di Malaysia.

Kemaskini artikel : Gambar skrin Xperia Neo V versi ICS dari pengguna disertakan dibawah dan kami juga dapat laporan terdapat beberapa pengguna model Xperia yang lain ( Yang tersenarai untuk kumpulan pertama ) yang turut terima kemaskini ini.

Berita ini yang baru kami terima. Pengguna Sony Xperia Ray, Xperia S, Xperia Arc S and Xperia Neo V di Malaysia nampaknya mendapat khabar gembira apabila terdapat pengguna yang menerima kemaskini ICS ( Android 4.0 ) untuk telefon mereka sekarang. Ini dilaporkan oleh salah seorang ahli group MalayAndroid di Facebook iaitu saudara Ewan yang baru saja melaporkannya dan dalam proses mengemaskini telefonnya. Kepada pengguna-pengguna telefon model ini yang ingin mengemaskini telefon anda, anda boleh gunakan aplikasi PC Companion SONY dan seterusnya menyambungkan telefon anda dengannya.

Untuk informasi pada pengguna dan pembaca, SONY melepaskan kemaskini ini secara berperingkat kepada model-model berkenaan dan tidak semestinya anda mendapat kemaskini dalam waktu yang sama dengan rakan anda yang memakai model telefon yang sama dengan anda. SONY dikatakan merujuk kepada nombor SI ( sales Item ) telefon anda untuk proses ini. Anda boleh memeriksa nombor SI berkenaan pada bahagian belakang telefon anda. Anda perlu keluarkan bateri telefon anda dan anda boleh lihat nombor dengan format xxxx-xxxx seperti gambarajah dibawah.

Seterusnya SONY telah mengeluarkan senarai telefon dengan nombor SI berikut yang dalam masa ini telah bersedia untuk dikemaskini. Untuk perhatian, senarai ini dikemaskini dari masa kesemasa oleh pihak SONY. Anda boleh memeriksa nombor SI telefon anda di sini.

 

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

8 Comments on "Kemaskini ICS SONY Xperia Kumpulan Pertama Sekarang Di Malaysia."

  1. samsul says:

    saya xperia ray baru update semalam

  2. dhilla says:

    hai, saya nak tanya, saya guna arc s, and da boleh update kn? and saya tak tau cne na update pegy ics :( huuu

    • Jaslehaidy says:

      Check dulu no SI Kat blog Sony yg kami link kan kat artikel ni,tengok dulu ade dlm senarai x.kalau xde kena tunggu dulu.kalau ada dlm senarai kena pakai software PC companion dari Sony untuk update

  3. matalwan says:

    yahoo. ray leh dpt ics nanti, x sbr nk tunngu

  4. iskandar says:

    boleh x klu nak update kat kedai telefon masa kita beli tu..?

    • Jaslehaidy says:

      Biasanya update ni user bole buat sendiri.cuma kne ade internet connection.kalo nk suruh org yg jual phone tu buat juga, cuba la tanya.mungkin dieorg caj

Trackbacks for this post

  1. SONY Xperia Mini Pro Terima Kemaskini ICS. | | Malay AndroidMalay Android

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!