Samsung melancarkan sebuah laman sesawang khas untuk gajet terbaru siri Galaxy mereka yang diwar-warkan sebagai Samsung Galaxy S3. Dua hari lepas, Samsung memberikan sepatah anagram “tgeltaayehxnx” melalui laman Twitter mereka yang selepas diselesaikan memberikan maksud “The next galaxy”. Didapati juga mereka mendaftar sebuah domain tgeltaayehxnx.com yang jika dibuka link tersebut ianya memaparkan pengiraan secara menurun kepada sesuatu yang tidak dipastikan lagi apa yang sebenarnya yang akan disampaikan. Anda boleh turut sama-sama ke laman tersebut apabila tamat pengiraan tersebut yang akan tamat dalam masa lebih kurang 7 jam semasa artikel ini ditulis. Samsung juga telah mengeluarkan beberapa klu antaranya seperti gambar dibawah yang menunjukkan tarikh jemputan pihak media untuk acara mereka yang turut terdapat bentuk Galaxy baru itu dibawah kain yang kami rasakan ianya jelas menunjukkan sebuah telefon bukannya tablet.
Sumber : Phandroid













wow .. Galaxy S3 kini benar-benar memunculkan diri.
hopefully, SG S3 dpt beat HTC One X sekarang ni..