Lava Xolo X900, Telefon Pintar Pertama/Android INTEL.

Semalam kami telah menyiarkan artikel mengenai INTEL yang akan mengumumkan telefon pintar pertama mereka yang menggunakan pemproses INTEL Atom yang akan diumumkan dalam minggu ini. Nampaknya berita tersebut basi dalam satu hari sahaja apabila dikatakan telefon pintar pertama yang menggunakan pemproses INTEL yang akan dikeluarkan ialah Lava Xolo X900 yang akan diedarkan pada 23 April ini. Seperti yang kami sampaikan sebelum ini, telefon Android ini yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat di India hanya akan dipasarkan untuk pasaran India dan dikatakan harganya ialah INR 22,000 iaitu lebih kurang RM1,300. Telefon ini mempunyai skrin 4.03 inci menggunakan pemproses INTEL Atom Z2460 dengan kelajuan 1.6GHz. Versi Androidnya pula ialah 2.3 ( Gingerbread ) yang dikatakan akan dikemaskini ke ICS sedikit masa lagi. Telefon ini juga mempunyai teknologi Intel hyper-threading dan mempunyai teras pemproses grafik dengan kelajuan 400MHz yang menyokong OpenGL, ES2.0 dan OpenVG hasil dari penggunaan pemproses tersebut.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

One Comment on "Lava Xolo X900, Telefon Pintar Pertama/Android INTEL."

  1. iAwani says:

    ..harap-harap ia boleh di dapati di Malaysia satu ketika nanti.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!