Sebelum ini Motorola telah mengeluarkan jam tangan Android mereka iaitu MOTOACTV yang berkeupayaan melakukan penyegerakkan dengan telefon Android anda, kali ini Sony menyusul dengan turut mengeluarkan jam tangan sedemikian rupa yang diberi nama Sony SmartWatch. Sony SmartWatch mempunyai skrin OLED kecil bersaiz 1.3″ dengan resolusi 128×128 piksel berkebolehan memaparkan mesej, rupa pemanggil malah turut dapat memaparkan pemberitahuan kemaskini Facebook dan juga Twitter pada paparan berkenaan tanpa anda melihat telefon Android anda. Didatangkan dengan pergelangan berwarna hitam, ianya juga mempunyai pilihan warna lain seperti biru, merah jambu, kelabu, hijau muda dan putih yang boleh dibeli berasingan. Unit asas jam tangan ini boleh ditanggalkan dimana ianya mempunyai klip dibelakangnya dimana anda boleh klipkan pada pakaian atau ‘wristband’ yang disertakan bersama. Walaubagaimanapun jam tangan ini buat masa ini hanya boleh didapati di Amerika Syarikat sahaja. Tidak dinyatakan bila ianya akan sampai ke Malaysia mahupun negara-negara lain. Kepada yang berminat apa kata anda kumpulkan duit anda dahulu ataupun jika anda tidak sabar, beli sahaja melalui internet. Untuk maklumat lanjut sila baca di laman SONY Amerika Syarikat di sini. Sebelum itu kita saksikan video di bawah ini.
Sony SmartWatch, Jam Tangan Sukan Android Dari Sony.
3 Comments on "Sony SmartWatch, Jam Tangan Sukan Android Dari Sony."
Trackbacks for this post
- SONY Smartwatch Di Malaysia. | | Malay AndroidMalay Android
- I'm Watch, Jam Tangan Android Dilancar Secara Rasmi Di CES 2013. - Malay Android












berkenan la plak