Video : Telefon Yang Dikatakan Samsung Galaxy S III Terdedah.

Kita sudah melihat gambar-gambar yang dikatakan sebagai Samsung Galaxy S III sebelum ini. Namun belum ada kepastian adakah ianya benar. Hari ini berita terbaru yang diterima ialah video tentang telefon Android yang dipertingkatkan dari Samsung galaxy S II itu pula terdedah. Video ini dalam bahasa Vietnam menunjukkan telefon yang dikatakan Samsung Galaxy S III tersebut. Orang yang mendedahkan didalam video ini menjelaskan bahawa set yang berada ditangannya ialah Samsung Galax S III dengan nombor profil GT-I9300 yang merupakan set ujian. Beliau menunjukkan beberapa spesifikasi seperti kuasa pemproses empat teras, skrin 4.6 inci, NFC dan lain-lain yang pernah tersebar sebelum ini. Untuk maklumat lebih lanjut sila klik video.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

One Comment on "Video : Telefon Yang Dikatakan Samsung Galaxy S III Terdedah."

  1. iAwani says:

    ..iyalah, seakan-akan galaxy s3.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!