Asus telah mengumumkan PadFone, iaitu peranti Android 3 dalam 1 mereka pada WMC 2012 di Barcelona yang lepas dan telah memenangi inovasi terbaik pada CES. Baru-baru ini mereka telah menunjukkan rekaan berinovasi itu dalam bentuk video pula di laman YouTube mereka.
Peranti itu dipanggil 3 dalam 1 kerana pengguna selain dapat menggunakan telefon Android biasa yang mempunyai skrin Super AMOLED anti calar bersaiz 4.3 inci, ianya juga boleh menjadi tablet apabila unit utama ( telefon ) itu dimasukkan ke slot yang disediakan pada unit tablet. Selain itu jika anda sambungkan pula pada dock Asus yang mempunyai papan kekunci unit tersebut akan bertukar ke seakan-akan Notebook.Peranti ini dikuasakan oleh pemproses dua teras Snapdragon S4 dengan kelajuan 1.5 GHz dengan Android 4.0 (ICS). Antara ciri menarik selain 3 dalam 1 ialah, pen stylus yang ditunjukkan didalam video ini menunjukkan iannya juga merupakan set bebas tangan BlueTooth dan boleh digunakan apabila ada panggilan masuk. Menarik bukan?. Walaubagaimanapun menurut Asus ianya akan dilancarkan di Itali pada hujung bulan ini, di Malaysia tidak diketahui lagi. Jika anda berminat, harap bersabar ya!.
Sumber : PocketDroid











