Samsung telah mengaktifkan laman daftar minat untuk mereka yang berminat mendapatkan telefon Android itu melalui rangkaian mereka. Walaupun sedikit lewat kerana DiGi telahpun memberikan anggaran harga secara rasmi, tetapi Celcom lebih awal sedikit dari Maxis yang sehingga kini belum ada apa-apa berita di laman sesawang mereka mengenai tawaran kepada telefon ini. Namun Celcom tidak lagi memberikan harga pada laman mereka, hanya ruangan pendaftaran sahaja dipaparkan.
Ketiga-tiga syarikat pembekal rangkaian telekomunikasi utama Malaysia iaitu Maxis, Celcom dan DiGi sebelum ini diumumkan pada upacara perlancaran Samsung Galaxy S 3 di Bandar Utama akan menawarkan telefon ini pada rangkaian mereka. Telefon ini yang tidak diumumkan harganya oleh Samsung sewaktu pelancaran itu akan memasuki pasaran bermula 31 Mei ini. Untuk mereka yang berminat untuk mendaftar bersama Celcom sila ke laman Celcom Promotions.










