Celcom Tawarkan Samsung Galaxy S 3 Serendah RM1,398.

Celcom akhirnya mendedahkan pelan Samsung Galaxy S 3 mereka di laman sesawang mereka. Telefon itu ditawarkan serendah RM1,398 dengan kontrak selama 18 bulan dengan bayaran bulanan RM250 dimana anda mempunyai data sehingga 5GB. Terdapat juga pilihan data 1GB dan 3GB dengan harga berlainan. Anda boleh lihat gambarajah diatas atau ke laman Celcom untuk maklumat lanjut.

Melalui Celcom anda boleh mendapatkan telefon ini dengan komitmen kontrak yang pendek berbanding DiGi yang menawarkannya dengan komitmen 24 bulan sahaja. Celcom juga meletakkan harga runcit disyorkan telefon ini sebanyak RM2,199. Setelah kedua-dua syarikat rangkaian telekomunikasi iaitu DiGi sebelum ini dan sekarang Celcom pula meletakkan harga yang sama, maka kita dengan ini boleh merumuskan harga runcit disyorkan ( HRD ) Samsung Galaxy S 3 ialah RM2,199.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Trackbacks for this post

  1. Maxis Tawarkan Samsung Galaxy S 3 Serendah RM999, Hanya 4 Hari Ekslusif. | | Malay AndroidMalay Android
  2. Ulasan : Samsung Galaxy S III | | Malay AndroidMalay Android

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!