DiGi Tawarkan SGS 3 Dengan Harga Serendah RM999 (HRD RM2199), Pra-Tempah Dibuka Sekarang.

DiGi hari ini menawarkan telefon Android terbaru Samsung yang baru dilancarkan di Malaysia pada 24 Mei iaitu Samsung Galaxy S III dengan harga serendah RM999 dengan kontrak komitmen 24 bulan, bulanan sebanyak RM88. Namun pengguna juga boleh mendapatkan telefon itu dengan harga RM1149 dengan kontrak komitmen 24 bulan juga tetapi dengan bulanan yang lebih rendah iaitu RM68 sahaja. Telefon itu ditawarkan melalui plan telefon DG Smart Plan 68 dan DG Smart Plan 88 yang dibuka untuk Pra-tempah bermula hari ini. DiGi menganggarkan telefon itu berharga RM2199.

DiGi melalui laman sesawang itu juga memaparkan tarikh-tarikh ‘roadshows’ telefon ini yang akan berada di Johor Bahru dan Pulau Pinang selain Lembah Kelang iaitu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Dijangkakan pengguna akan turut boleh mendapatkan telefon berkenaan pada acara berkenaan. Samsung Galaxy S 3 akan memasuki pasaran Malaysia bermula 31 Mei ini dimana ditarikh itu juga bermulanya acara DiGi tersebut. Untuk maklumat lengkap sila ke laman sesawang DiGi Store Online.

 

 

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Trackbacks for this post

  1. Maxis Tawarkan Samsung Galaxy S 3 Serendah RM999, Hanya 4 Hari Ekslusif. | | Malay AndroidMalay Android
  2. Ulasan : Samsung Galaxy S III | | Malay AndroidMalay Android

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!