GOOGLE ASUS Nexus 7 Dengan Jelly Bean Di Kesan Menguji ‘Benchmark’ Di Rightware.

Sedang kita sibuk mendengar khabar angin yang GOOGLE akan mengeluarkan tablet Nexus berkos rendah, beberapa individu telah dapat mengesan tablet yang kebarangkalian adalah tablet berkenaan sedang diuji semalam di Rightware Basemark ES 2.0 Taiji. Menurut laporan ‘Android Police’ yang berjaya mendapatkan maklumat tambahan dari Rightware, tablet itu menggunakan kod nama ‘Grouper’ iaitu nama sejenis ikan. Google diketahui sebelum ini memberikan kod nama terhadap peranti Nexus mereka sewaktu peringkat ujian iaitu seperti mana XOOM yang dikenali sebagai ‘Stingray’, Nexus One yang dikenali sebagai ‘Mahi-mahi’ dan G1 sebagai ‘Trout’.

“os”:  {

“android”:  {

“model”:  “Nexus  7″,

“hardware”:  “grouper”,

“manufacturer”:  “asus”,

“device”:  “grouper”,

“brand”:  “google”,

“display”:  “XXXXXX-userdebug  4.1  JRN51B  3XXXXX  dev-keys”,

“version_sdk”:  “4.1″,

“board”:  “grouper”,

“version_code”:  “1″

}

}

Menurut mereka lagi berdasarkan data yang diterima dari Rigtware itu juga, didapati tablet ini menggunakan versi ‘Jelly Bean’ melalui nombor binaan JRN51B yang sebelum ini dikesan sebagai nombor binaan bagi versi Android selepas ‘Ice Cream Sandwich’ itu. Namun apa yang dikatakan sebelum ini versi ‘Jelly Bean’ akan menggunakan nombor versi 5.0 dikatakan mungkin tidak benar kerana didapati tablet ini menggunakan nombor versi SDK 4.1. Tablet ini juga dikatakan mempunyai skrin bersaiz 7 inci berdasarkan nombor 7 yang terdapat pada nombor model nama tablet berkenaan.

 

Sumber : Rightware , Android Police

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!