HTC telah menunjukkan secara terperinci tarikh atau jadual kemaskini bagi peranti Android mereka di laman blog rasmi mereka. Menurut HTC, majoriti peranti Android HTC yang tersenarai sebelum ini sebagai penerima kemaskini ICS (Ice cream sandwich) akan menerima kemaskini berkenaan pada bulan Jun dan Julai dan ianya dijangka lengkap sepenuhnya pada bulan Ogos tahun ini.
Menurut mereka lagi, ‘Sense 4.0′ tidak disertakan kepada semua peranti yang menyokong kemaskini ICS berikutan kekurangan sokongan perkakasan dalaman model yang berkenaan. Oleh itu bagi peranti yang berkenaan ianya hanya akan disertakan dengan ‘Sense 3.6′.
Untuk melihat jadual lengkap bilakah kemaskini ICS bagi peranti HTC anda, sila ke blog HTC di sini.









