Kemaskini ICS SONY Diteruskan Minggu Ini, Xperia PLAY Terkeluar Dari Senarai.

Berita buruk bagi pemilik Sony Xperia PLAY apabila Sony mengumumkan di dalam blog mereka bahawa Xperia PLAY tidak akan menerima kemaskini ICS. Mereka menyatakan demikian kerana menurut mereka ianya hasil daripada ujian dijalankan oleh pembangun mereka, ICS dikatakan tidak menunjukkan hasil yang stabil dan tidak sesuai untuk Xperia PLAY dan mengeluarkan telefon itu dari senarai penerima kemaskini ICS ( Ice Cream Sandwich ) dari SONY.

Bagi telefon-telefon SONY yang lain iaitu model yang dikeluarkan pada tahun 2011 yang tersenarai sebelum ini iaitu Xperia arc, Xperia neo, Xperia mini, Xperia mini pro, Xperia pro, Xperia active dan Sony Ericsson Live with Walkman yang akan bermula dikemaskini minggu ini. Sebelum ini kumpulan model 2011 pertama yang menerima kemaskini bermula bulan lepas adalah Xperia arc S, Xperia ray and Xperia neo V. SONY turut menambah versi kemaskini ICS ini adalah versi 4.0.4 dan ianya juga tersedia bagi model Xperia arc S, Xperia ray and Xperia neo V yang sebelum ini menerima kemaskini versi 4.0.3.

Kemaskini diedarkan berdasarkan nombor SI ( sales item ) telefon SONY anda. Anda boleh melihat samada SI telefon anda sudah memasuki senarai atau tidak di komuniti SONY.

Sumber : SONY Xperia Product Blog

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!