Penyebab SGS 3 ‘Pebble Blue’ Lambat Dipasaran.

Seperti yang diketahui Samsung Galaxy S 3 akan berada dipasaran pada 31 Mei ini. Namun kedengaran versi warna ‘Pebble Blue’ dikatakan mempunyai masalah dan menyebabkan ianya tidak dapat ditawarkan kepada pengguna di kebanyakan tempat diseluruh dunia. Ini termasuk juga Malaysia apabila laman sesawang DiGi dan Celcom yang telah menawarkan telefon ini turut menawarkan hanya satu warna sahaja iaitu ‘Marble White’. Menurut laman Slash Gear, Samsung memberikan kenyataan mengenai versi ‘Pebble Blue’ Samsung Galaxy S 3 lambat memasuki pasaran.

“Versi Samsung Galaxy S III Pebble Blue datang dengan warna biru yang baru dicipta khas dari bahan hiper-Glaze.

Dalam usaha untuk memenuhi standard kualiti tertinggi dalaman dan menyediakan Samsung Galaxy S III dengan kualiti yang terbaik kepada pelanggan, versi ‘Pebble Blue’ dijangka akan mengalami kekurangan bekalan di beberapa kawasan sehingga 2-3 minggu akan datang.

Samsung sedang bekerja keras untuk memastikan bahawa pelanggan akan mendapatkan peranti berwarna ‘Pebble Blue’ secepat mungkin.”

Sebelum ini kedengaran khabar angin menyatakan kelewatan pasaran telefon versi ‘Pebble Blue’  adalah disebabkan berlaku kesilapan kecil sewaktu didalam proses pembuatan.

Sumber : Slash Gear & Mobile Bulgaria

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!