Samsung Galaxy S III Telah Dilancarkan Secara Rasminya Di Malaysia

Seperti yang kami telah umumkan sebelum ini, hari ini Samsung Malaysia telah merasmikan pelancaran Samsung Galaxy S III di Malaysia, dan maklumat yang kami telah terima dari majlis tersebut adalah, Maxis, Celcom dan Digi adalah antara syarikat yang akan menawarkan telefon pintar ini dalam pakej mereka, manakala harganya masih belum diumumkan, mungkin akan diberitahu pada pembukaan jualan pada minggu hadapan nanti yang juga tidak dinyatakan tarikh akan dilancarkan juga, tapi dari rumor yang kami dengar, ia mungkin akan berada dalam sekitar RM2,000 begitu, namun kami harap agar anda bersabar dan tunggu berita dari kami apabila Samsung akan mengumumkan harganya dalam masa yang terdekat nanti.

Foto dari majlis tersebut anda boleh saksikannya dibawah, dan dari apa yang kami lihat dan rasai sendiri telefon pintar ini ketika di hari pelancaran tersebut, kami secara jujur menyukai rekabentuknya dan versi Android ICS yang telah disesuaikan dengan telefon ini dengan pelbagai ciri terbaru yang kita semua pernah tengok dalam video preview mereka sebelum ini.

Telefon ini bakal diminati oleh orang ramai apabila ia muncul nanti.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Pengasas syarikat World Idea Network, seorang pengaturcara web, jurugambar, pereka grafik, blogger, dan ayah kepada dua cahaya mata. Peranti: HTC Hero (versi GSM), Apple iPhone 4S, Samsung Galaxy Tab 7.7 (P6800)

2 Comments on "Samsung Galaxy S III Telah Dilancarkan Secara Rasminya Di Malaysia"

  1. fadzil says:

    salam bro, takde buat ulasan untuk galaxy note ke?
    thanks

    • Jaslehaidy says:

      Galaxy Note dah lepas bro zaman die ;) . die keluar tahun lepas…kalau kite buat review die skrg rasa pelik pulak. Tapi salah seorg admin ada terima gak set review masa tu.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!