
Ulas ringkas – Saya telah mencuba menggunakan aplikasi ‘S Voice’ pada Samsung Galaxy s III ini dan merasakan mikrofonnya agak sensetif dengan suara anda dimana walaupun dengan jarak yang sedikit jauh dalam suasana di dalam bilik, telefon ini dapat menangkap suara saya dengan berkesan.
‘S Voice’ merupakan sebuah aplikasi dimana anda boleh memberikan arahan kepada telefon anda untuk melakukan sesuatu bagi pihak anda seperti membuka aplikasi atau menyuruh telefon ini menetapkan peringatan jam hanya dengan arahan suara anda. Namun buat ketika ini aplikasi ‘S Voice’ ini hanya menyokong 8 bahasa tidak termasuk bahasa Malaysia. Malah dalam keadaan ‘unlock’ juga anda boleh memanggil telefon ini untuk mendengar arahan anda dan juga anda boleh memberikan nama kepada telefon anda untuk dipanggil. Menarik bukan?.Bolehlah anda letakkan nama lelaki ataupun wanita pujaan anda pada telefon ini untuk dipanggil.
Berikut merupakan video dari youtube MalayAndroid contoh bagaimana kami menggunakan aplikasi ‘S voice’ ini.










… apabila mahu gunakan S Voice, perlu aktifkan 3G ke?
Perlu..ataupun WIFI..