Samsung Galaxy SIII Dilancar Secara Rasmi.

Samsung telah melancarkan telefon Android terbarunya, Samsung Galaxy S III beberapa jam yang lepas pada satu acaranya di London. Telefon ini menggunakan pemproses terbaru Samsung yang baru diperkenalkan sebelum ini iaitu pemproses empat teras Exynos 1.4GHz Cortex-A9. Ditawarkan dengan dua warna iaitu ‘Marble white’ (putih) dan ‘Pebble Blue’ (biru gelap), telefon berbentuk ‘candy bar’ ini dijangkakan akan berada dipasaran global pada hujung bulan ini.

Untuk membaca artikel penuh sila klik ‘continue reading’ dibawah.

Disebalik penggunaan pemproses terbaru mereka iaitu pemproses Exynos dan RAM dengan kapasiti 1GB, Samsung juga masih menggunakan antaramuka mereka iaitu TouchWiz UI dengan Android 4.0.4 ( ICS ). Dikatakan telefon ini akan mempunyai 3 variasi iaitu dengan memori dalaman 16GB, 32GB atau 64GB dan menyokong tambahan kad memori sehinggga 64GB. Selain ciri-ciri asas yang disertakan oleh kebanyakan telefon pintar Android ketika ini seperti Bluetooth, GPS dan WiFi, Samsung turut membekalkan telefon ini dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 2100mAh. Resolusi kamera utama pula sebesar 8 Megapiksel dengan kamera pendua 1.9 Megapiksel. Dengan keupayaan merakam video dengan kualiti HD sehingga 1080p, ianya sangat menarik dan pasti lebih cantik apabila dipaparkan pada skrin Super AMOLED dengan resolusi 1280×720 dan saiz skrin 4.8″ nya. Telefon ini juga menyokong rangkaian LTE dan buat pengetahuan pengguna setakat ini di Malaysia hanya DiGi sedang menaik taraf rangkaian mereka bagi menyokong jalur LTE.

Telefon terbaru Samsung ini diperkenalkan dengan beberapa ciri-ciri menarik bagi memberikan pengalaman baru pada pengguna. Antaranya ialah ‘Pop up play’ iaitu kebolehan yang menggunakan sepenuhnya kuasa pemproses Exynos dimana anda boleh melakukan kerja pelbagai bilang ( multitasking ) iaitu bermain video secara ‘pop up’ pada skrin aktiviti lain yang anda lakukan.

Dengan teknologi ‘Smart Stay’ pula, telefon ini mengesan mata anda dimana ianya mengawal cahaya keterangan skrin contohnya sewaktu anda sedang membaca artikel atau e-book dan secara automatik ianya akan memadam skrin jika anda tidak melihat skrin atau tertidur.

 

Ciri ‘Direct Call’ pula dapat membantu anda membuat panggilan secara automatik tanpa mendail hanya dengan mengangkat telefon ke telinga anda. Contohnya apabila anda sedang menaip pesanan ringkas pada seseorang dan tiba-tiba anda berubah fikiran, anda mengambil keputusan untuk terus bercakap dengannya, anda hanya perlu mengangkat sahaja telefon anda menghampiri telinga anda dan ianya akan terus mendail orang berkenaan.

Terdapat juga ciri lain seperti ‘Social tag’ dimana telefon ini mengenali rakan anda hanya melalui gambar dan secara automatik memaparkan segala informasi mengenainya seperti nombor telefon dan emel. ‘S Voice’  pula aplikasi yang menggunakan sepenuhnya arahan suara dalam Android bagi membantu anda melakukan aktiviti seperti menaip pesanan ringkas menggunakan arahan suara, membantu mengatur peringatan jam dan sebagainya. ‘S Beam’ pula merupakan teknologi dimana anda boleh memindahkan gambar, muzik, video atau lain-lain kepada pengguna Samsung Galaxy S III yang lain hanya dengan mendekatkan kedua-dua belakang telefon berkenaan antara satu sama lain.

Telefon ini akan berada di pasaran global pada penghujung bulan ini namun tidak diketahui lagi berapakah harga yang akan ditawarkan untuk pengguna Malaysia. Kami akan melaporkan apabila kami menerima berita selanjutnya. Sebelum itu sila saksikan video sekilas pandang dari SamsungTomorrow dan juga gambar-gambar telefon ini pada galeri gambar dibawah.

 


Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut untuk telefon ini pada laman sesawang khas Samsung Galaxy S III di sini. Kenyataan akhbar secara rasmi Samsung di sini.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

3 Comments on "Samsung Galaxy SIII Dilancar Secara Rasmi."

  1. Kamera still 8 megapixel cuma naik taraf je, saya rasa mesti sama dengan harga dulu

    • Jaslehaidy says:

      still 8 megapiksel dibanding dengan fon ape?. Mmgla mesti dalam range harga mcm galaxy nexus atau note masa2 baru keluar. Fon yg tu pun dah diturunkan harganya

  2. souls note.. says:

    pergh…nmpk hebat tp hrp2 battery xla mcm SII punye performance…sat ja bole tahan…

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!