Samsung NO.1 Di Malaysia, SGS III Akan Berada Di Pasaran Awal Jun Ini.

Lee Jui Siang, pengarah bahagian mudah alih serantau bagi Samsung Electronic bagi Asia, Oceania dan Taiwan mengesahkan telefon terbaru Samsung iaitu Samsung Galaxy S III akan berada di pasaran Malaysia pada awal Jun depan. Beliau berkata demikian sewaktu di acara Samsung di London semalam. Turut ditambah, beliau menyatakan Samsung merupakan pengeluar nombor satu di Malaysia ketika ini sejak suku ketiga tahun lepas mengalahkan Nokia yang setelah sekian lama memegang takhta itu. Malah Samsung juga berjaya mengalahkan Apple sebagai pengeluar telefon pintar nombor satu dunia. Menurut beliau, kejayaan Samsung dikatakan adalah hasil teknik pemasaran yang berkesan dan juga hasil dari produk yang berjaya mengambil hati pengguna seperti Samsung Galaxy SII yang sebelum ini berjaya dijual sebanyak 20 Juta unit dalam masa 10 bulan.

 

Sumber : Bernama

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Berlatar belakang lulusan kejuruteraan elektronik. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.