Ulasan: Samsung ES8000 Series 8 SMART Full HD

Pada minggu lepas, MalayAndroid telah dijemput oleh pihak Samsung Malaysia untuk mencuba sendiri produk TV pintar terbaru mereka yang dikenali dengan nama Smart TV, yang bakal muncul di pasaran tempatan dalam masa terdekat nanti.

Bila kita cakap tentang TV, kita sudah biasa dengan fungsinya yang satu, iaitu menonton. Tak kisah la samada nak menonton rancangan kegemaran kita ke, atau pun filem, TV adalah satu alat untuk kita semua berhibur, dan menimba ilmu pengetahuan, sejak bertahun-tahun lamanya dari zaman dulu. Tapi bagaimana kalau kami kata Smart TV dari Samsung ini boleh melakukan lebih dari itu?

Ia bagaikan satu alat masa hadapan yang anda lihat dalam banyak filem sains fiksyen, TV terbaru ini boleh anda kawal dengan menggunakan pergerakan tangan anda, kawalan suara dan pengenalan wajah anda. Ia semudah dengan menyebut “Hi TV”, dan segala menu akan muncul di kaca skrin untuk anda meneroka pelbagai fungsi lain yang Smart TV sediakan.

Melalui video yang anda lihat diatas, Smart Hub yang terkandung dalam TV mempunyai pelbagai menu pilihan yang anda boleh pilih, seperti aplikasi Facebook, Learning, Twitter dan banyak lagi, yang memastikan anda sentiasa up to date dengan rakan-rakan anda di online, dan mengetahui apakah yang sedang berlaku di sekeliling anda, sambil menonton TV.

Dan jikalau rakan atau ahli keluarga anda mempunyai set TV ini yang sama, anda boleh berinteraksi dengan mereka melalui kamera yang terdapat pada TV ini, untuk melakukan panggilan video. Kini tiada alasan lagi untuk anda meninggalkan TV anda jika mahu berhubung dengan sesiapa sahaja dimana jua. Hanya perlu sambungkan kabel internet untuk melakukan semua itu.

Bagaimana pula dengan kualiti paparan anda kata? Sangat mengagumkan! Samsung Smart TV menyokong kualiti video sehingga 1080p dan juga 3D. Dari segi audio, anda mempunyai kawalan untuk menukar mod audio kepada banyak presets yang tersedia, seperti preset cinema ketika menonton filem, sehinggalah kepada 3D untuk menikmati kualiti audio yang pintar.

Kepada pemilik Android pula, anda boleh mengawal TV anda melalui mana-mana peranti Android, dengan hanya memuat-turun aplikasi yang ada di Google Play, anda boleh menukar peranti anda kepada alat kawalan jauh untuk Smart TV, tidakkah itu satu impian kepada ramai geek diluar sana?

Video dibawah ini menunjukkan demo bagaimana anda akan gunakan Smart TV ini.

Namun begitu, satu perkara yang menjadi kontra kepada Smart TV adalah pada harganya, dikatakan ia berada dalam lingkungan RM20,000+, dan sudah pastinya ia adalah satu tanda harga yang terlalu mahal bagi kemampuan ramai orang, tapi kami merasakan pada masa ini, Samsung mungkin akan mensasarkan kepada syarikat-syarikat korporat yang mahu menunjukkan persembahan menarik kepada pelanggan mereka.

Untuk sebarang info, anda boleh lawati laman web Samsung Malaysia Smart TV melalui link di sini: http://www.samsung.com/my/smarttv/

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Pengasas syarikat World Idea Network, seorang pengaturcara web, jurugambar, pereka grafik, blogger, dan ayah kepada dua cahaya mata. Peranti: HTC Hero (versi GSM), Apple iPhone 4S, Samsung Galaxy Tab 7.7 (P6800)

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!