YES Perkenalkan Telefon Android 4G.

YES, pembekal rangkaian 4G di Malaysia baru-baru ini memperkenalkan telefon pintar 4G pertama mereka iaitu Eclipse. Telefon ini dikuasakan oleh Android dengan versi 2.2 ( froyo ) didatangkan bersama dengan pelbagai ciri-ciri menarik yang kami pasti anda belum pernah melihatnya pada mana-mana telefon Android lain sebelum ini.

Telefon Android ini menggunakan pemproses Snapdragon dengan kelajuan 1GHz dengan memori RAM hanya 512MB dan ROM 2 GB. Sedikit ketinggalan jika kita perhatikan dari segi spesifikasi kelajuan pemproses dan memori disini namun bagi memori tambahan ianya dapat menampung sehingga 32GB. Skrinnya pula dengan saiz 4.1″ WVGA dengan kebolehan memaparkan warna sehingga 262K . Kamera  utama mempunyai resolusi sehingga 5 megapiksel dan kamera pendua hadapan pula hanya 0.3 megapiksel. Bateri pula dengan kapasiti 1500Mah. Telefon ini menyokong jalur WiMAX IEEE 802.16 dan GSM (850/900/1800/1900MHz) disamping penyediaan kebolehsambungan lain seperti BlueTooth dan GPS. Apa yang menarik ialah dikatakan kelajuan Internetnya dapat mencecah sehingga 20MBps dan ini merupakan sesuatu yang baru bagi Malaysia untuk sebuah telefon. Selain daripada itu ianya juga dapat melakukan panggilan video maksimum kepada 4 orang secara serentak dan juga panggilan suara pula kepada 6 orang secara serentak.

Walaupun dengan beberapa ciri-ciri yang menarik seperti kelajuan sehingga 20MBps dan kebolehan membuat panggilan kumpulan dalam masa serentak, kami rasakan telefon ini agak ketinggalan dari segi spesifikasi. Contohnya, untuk telefon Android kelas atas dengan harga runcit RM1688 ini kami rasakan memori RAM nya sangat kecil hanya 512MB jika dibandingkan dengan rata-rata telefon android terkini dipasaran yang minimumnya mempunyai 1GB RAM. Disamping itu kamera pendua hadapannya hanya mempunyai resolusi sgt kecil iaitu 0.3 megapiksel. Dengan resolusi sekecil ini membuatkan saya teringat dengan telefon-telefon bimbit kita yang berkebolehan melakukan panggilan video pada mula-mula teknologi itu diperkenalkan pada kita pada satu masa dahulu. Walau apapun kepada sesiapa yang berminat dengan telefon ini anda boleh mendapatkannya di rangkaian YES dengan harga tunai telefon sahaja RM1688 ataupun dapatkan dengan harga pakej dengan langganan data YES yang anda boleh rujuk digambarajah dibawah. Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman sesawang YES.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

One Comment on "YES Perkenalkan Telefon Android 4G."

  1. shahrul says:

    sy skrg mggunakan mobile yes 4g andriot,skrg sy ada mslh tntang call video,bla sy mgunakn talian yes 4g knp phak mnerima,tdk dpt mnerima pglan video sy?

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!