
APC telah memperkenalkan sebuah set papan induk PC ( komputer peribadi ) Android baru-baru ini. APC yang merupakan dari VIA Technologies menyediakan papan induk ( motherboard ) yang dikuasakan dengan cipset WonderMedia ARM lengkap dengan semua saluran Input dan Output ( I/O ), memori dan ruang simpanan didalam satu reka bentuk baru papan induk Neo-ITX.
Papan induk ini dikatakan dapat memberikan pengalaman sepenuhnya sebuah komputer dimana anda dapat menggunakan papan kekunci, tetikus malah dapat memaparkan keluarannya pada set TV atau monitor. Selain itu ianya turut di pra-isi dengan aplikasi seperti pelayar laman web dan lain-lain aplikasi Android biasa. Papan induk ini yang menggunakan reka bentuk piawai baru Neo-ITX yang hanya bersaiz 17cm x 8.5cm. Berikut merupakan sedikit spesifikasi papan induk tersebut:-
| Model | APC 8750 |
| OS | Android 2.3 (PC System) |
| Cip | VIA 800MHz Processor |
| Memori | DDR3 512MB Memory 2GB NAND Flash |
| Grafik | Paparan 2D/3D resolusi sehingga 720p terbina dalam |
| Input/Output | HDMI VGA USB 2.0 (x4) Audio out / Mic in microSD Slot |
| Rangkaian | 10/100 Ethernet |
| Saiz | 170 x 85mm (W x H) Neo-ITX |
Sistem mini ini hanya menggunakan kuasa sebanyak 4 watt sewaktu menunggu dan 13.5 watt sewaktu bekerja sepenuhnya. Set papan induk ini boleh menggunakan bekas ( casing ) CPU dengan piawai micro-ATX. Ianya belum terdapat dipasaran dan anda hanya boleh mendapatkannya melalui laman sesawang APC dengan harga USD49 sahaja melalui pra-tempah. Dikatakan pihak APC telah mengeluarkan kumpulan set pertama untuk tempahan sebelum ini dan ianya habis dalam beberapa jam sahaja akibat dari permintaan yang tinggi. Anda hanya boleh meletakkan emel anda sahaja dan anda akan diberitahu jika terdapat stok.
Sumber : VIA Press Release
APC











