Flipboard Sekarang Di Google Play.

Sebuah aplikasi yang didatangkan secara ekslusif, datang sekali didalam Samsung Galaxy S 3, Flipboard adalah sebuah aplikasi majalah yang membolehkan anda membaca perkembangan dunia sosial anda termasuk dari laman Facebook dan Twitter malah kali ini selepas melalui versi Beta, ianya telah menyokong juga Google+, Youtube dan Instagram selain beberapa lagi jaringan sosial yang berjumlah 12 kesemuanya.

Menggunakan aplikasi ini sebagai perantaraan dengan aplikasi lain, anda tetap boleh melakukan aktiviti seperti ‘like’ dan memberi komen pada aplikasi-aplikasi yang anda serasikan. Anda juga boleh mencari pelbagai berita melalui aplikasi ini dengan membacanya dengan grafik yang menarik seakan-akan majalah. Selain daripada itu,anda juga boleh serasikan kandungan atau tetapan pada aplikasi Flipboard antara satu peranti dengan peranti yang lain jika anda mendaftar akaun dengan Flipboard. Ianya sangat memudahkan jika anda mempunyai banyak peranti Android yang menggunakan aplikasi ini. Flipboard juga menyokong ‘widget’ yang menarik yang boleh anda paparkan pada skrin ‘Home’ Android anda.

Flipboard boleh didapati di ‘Google Play’ bermula semalam dan boleh dimuat turun secara percuma. Aplikasi ini dioptimumkan untuk telefon Android, tetapi tidak bermakna anda tidak boleh menggunakannya pada tablet. Jika anda gunakannya pada tablet, mungkin anda boleh berikan sedikit pandangan pada ruangan komen di bawah.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!