Galaxy Tab 2 Kini Di Malaysia.

Laman sesawang sumber informasi, komuniti gajet terkenal di Malaysia Lowyat.NET melaporkan tablet Samsung Galaxy Tab 2 telah memasuki pasaran Malaysia. Galaxy tab 2 terdapat dua variasi iaitu 7.0 inci dan 10.1 inci. Tablet ini merupakan tablet pertama dari Samsung yang menggunakan Android 4.0.

Galaxy tab 2 7.0 dan Galaxy tab 2 10.1 menggunakan dua pemproses yang sama kelajuannya iaitu 1GHz dua teras. Dari segi saiz Galaxy tab 2 7.0 dengan Galaxy tab 7 plus nampaknya tiada perbezaan yang banyak cuma tablet terbaru ini mempunyai ketebalan yang lebih sedikit iaitu 10.5mm berbanding dengan Galaxy tab 7 plus hanya 9.9mm. Berat Galaxy tab 2 7.0 kurang 1 gram sahaja dari Galaxy tab 7 Plus iaitu seberat 344g.

Galaxy tab 2 10.1 juga tiada perbezaan yang ketara dengan tablet generasi pertama Galaxy tab 10.1. Sama juga dengan Galaxy tab 2 7.0, nampaknya Galaxy tab 2 10.1 mempunyai ketebalan yang lebih iaitu 9.7mm berbanding Galaxy tab 10.1 hanya 8.6mm. Anda boleh lihat sedikit spesifikasi antara kedua model ini dengan model tab yang lama melalui gambarajah perbandingan spesifikasi di bawah. Untuk spesifikasi penuh dan lebih informasi sila ke Laman sesawang untuk Galaxy tab 2 10.1 dan Galaxy tab 2 7.0. Dikatakan harga untuk tab ini ialah RM1299 untuk versi 7.0 dan RM1499 untuk versi 10.1.

 

Sumber : LowYat.NET

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

One Comment on "Galaxy Tab 2 Kini Di Malaysia."

  1. Aaron says:

    Abit stupid if u buy Galaxy Tab 2 7.0

    Plus r much more better…at least 1.2dual core

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!