HTC semalam ( 22 Jun ) mengumumkan dua telefon terbaru dari generasi Desire iaitu HTC Desire V dan HTC Desire C, dikuasakan oleh teknologi Beats Audio™ untuk pasaran Malaysia. Menurut HTC, model ini adalah hasil daripada kejayaan model HTC Desire yang sebelum ini mendapat sambutan daripada pengguna Malaysia. Telefon ini menawarkan kualiti premium sebuah telefon dengan harga yang berpatutan untuk pengguna. Malah ianya cukup pintar untuk menguruskan kehidupan anda seharian.
“Mendengar muzik adalah salah satu perkara yang paling popular digunakan oleh orang ramai di telefon mereka, jadi ia lebih penting daripada sebelumnya apabila kita menyampaikan tenaga dan emosi artis di studio,” menurut Lennard Hoornik, Presiden HTC South Asia Pacific.
Generasi baru Desire ini menjanjikan pengalaman dengan kualiti bunyi seakan studio atas pengoptimasikan antara perkakasan dalaman telefon ini dan juga teknologi Beats Audio™.Integrasi ini memberikan pengalaman bunyi yang menarik dan jelas kepada pengguna apabila sedang memainkan muzik malah sewaktu bermain permainan video pada telefon ini. Menggabungkan rangka logam tahan lama dengan kejuruteraan keperincian, keluarga HTC Desire ini sesuai bagi mereka yang mahukan telefon dengan kualiti premium tetapi dengan harga yang mampu dimiliki. Bunyi yang kuat, paparan jelas skrin walaupun dengan sudut paparan tepi dan bezel logam pada kamera, telefon pintar ini bukan sahaja menawarkan saiz skrin terbesar di kelas mereka, tetapi juga mencetuskan satu tahap tersendiri disamping memberikan pengalaman baru kepada pengguna.
HTC Desire V

HTC Desire V datang dengan sokongan dua kad SIM. Sangat memudahkan bagi mereka yang ingin mengasingkan dunia seharian dengan pekerjaan. Didatangkan dengan Android 4.0 (ICS), ianya dilengkapkan dengan paparan pengguna (UI) dari HTC yang terbaru iaitu HTC Sense 4. Disamping itu anda turut dapat merasai pengalaman bunyi teknologi Beats Audio™ yang di optimasikan antara perisian dan perkakasan didalam telefon ini. Anda boleh menonton muzik video dari YouTube, menonton video atau muzik secara streaming dan bermain permainan video dengan kualiti bunyi berkualiti studio dengan Bass dan Treble yang dioptimasi. Malah pengalaman bunyi ini lebih menarik sewaktu anda menonton video pada skrin bersaiz WVGA 4.0 incinya. Anda juga akan menerima 25GB ruangan penyimpanan percuma bersama DropBox untuk 2 tahun dengan pembelian telefon ini.
Model ini didatangkan dengan dua warna iaitu Polar White dan Stealth Black. Berikut merupakan spesifikasi penuh model HTC Desire V.
|
Kelajuan Pemproses |
|
|
OS |
|
|
Memori |
|
|
Dimensi |
|
|
Berat |
|
|
Paparan |
|
|
Teknologi Rangkaian |
|
|
GPS |
|
|
Sensor |
|
|
Kebolehsambungan |
|
|
Bluetooth |
|
|
Kamera |
|
|
Bunyi |
|
|
Multimedia |
|
|
Battery |
|
|
OS ( untuk PC ) |
|
HTC Desire C
Model ini merupakan model pertama telefon HTC entry level yang menggunakan HTC Sense 4 dan ianya di ubahsuai untuk dapat menggunakan versi Android 4 ( ICS ). HTC Sense 4 direka untuk memberikan pengalaman yang mudah dan menarik kepada pengguna. Melalui telefon ini juga anda dapat mengalami pengalaman mendengar audio dengan sentuhan teknologi Beats Audio™, memuat naik gambar yang diambil secara pantas dan juga penyegerakkan laman sosial antara rakan-rakan anda.
Seperti model Desire V, model ini juga tidak kurang hebatnya walaupun dengan harga yang lebih murah. Anda dapat mendengar audio dengan teknologi Beats Audio™ pada apa-apa aplikasi yang mengeluarkan bunyi seperti YouTube dan sebagainya. Selain itu dengan perisian HTC Manager, anda dapat menyegerakkan dengan segala yang anda simpan di telefon anda seperti senarai hubungan anda, lagu, senarai main lagu, kalendar, emel, gambar, video malah penanda buku pelayan web anda diantara komputer anda dan telefon. Tidak lupa juga anda turut mendapat ruangan storan daripada DropBox sebanyak 25GB untuk 2 tahun juga.
Model ini didatangkan dengan warna Flamenco Red, Polar White dan Stealth Black. Berikut merupakan spesifikasi model HTC Desire C.
|
Kelajuan Pemproses |
|
|
OS |
|
|
Memori |
|
|
Dimensi |
|
|
Berat |
|
|
Paparan |
|
|
Teknologi rangkaian |
|
|
GPS |
|
|
Sensor |
|
|
Kebolehsambungan |
|
|
Bluetooth |
|
|
Kamera |
|
|
Audio |
|
|
Multimedia |
|
|
Bateri |
|
|
OS ( untuk PC ) |
|
Menurut HTC, model HTC Desire V adalah ekslusif untuk U Mobile manakala model HTC Desire C adalah ekslusif kepada DiGi dan Maxis. Harga disyorkan untuk model HTC Desire V ialah RM 1099 manakala HTC Desire C ialah RM 738. Model terbaru ini sudah memasuki pasaran sejak 16 Jun yang lepas dan anda juga boleh mendapatkan model-model ini di lokasi HTC Mobile Truck. Untuk maklumat lanjut lokasi HTC Mobile Truck sila ke Facebook HTC Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang model Desire ini sila ke www.htc.com.











