
Akhirnya setelah beberapa bulan siri HTC One dilancarkan di peringkat global, keluarga terakhir siri itu iaitu HTC One S akan tiba ke Malaysia juga. Perkara ini berdasarkan jemputan media dari HTC yang kami terima baru-baru ini. Sebelum ini selepas pelancaran siri HTC One diperingkat global itu, pengguna Malaysia hanya ditawarkan dengan model HTC One X dan HTC One V sahaja dimana ianya boleh anda dapati di pasaran sekarang.
Siri HTC One terakhir daripada tiga beradik ini iaitu HTC One S merupakan telefon yang dikatakan dbina daripada bahan yang biasanya digunakan pada binaan satelit iaitu sejenis aluminium seramik ultra-matte hitam yang dihasilkan melalui proses microarc oxidation (MAO) yang mempunyai ketahanan empat kali lebih dari anodize aluminium . Lagi satu bahan yang digunakan dikatakan menggunakan teknik anodize yang baru dipatenkan yang memberikan ketahanan yang lebih terhadap telefon ini.
Namun ada desas-desus kedengaran dikatakan versi yang memasuki Malaysia merupakan versi Snapdragon S3 yang menggunakan pemproses dengan kelajuan 1.7 GHz. Sebelum ini ianya dipasarkan di negara-negara lain dengan kuasa pemprosesan Snapdragon S4 dengan kelajuan 1.5GHz. Walauapapun sila tunggu berita seterusnya semasa pelancaran telefon Android terbaru HTC ini nanti.









