#io12 – ‘Google Maps’ Untuk Android Menyokong Mod Tanpa Data.


Sebelum ini Google telah mengumumkan versi baru ‘Google Maps’ mempunyai pilihan untuk anda gunakan secara luar talian (Offline). Ianya telah diumum secara rasmi pada Google IO 2012. Ini merupakan sesuatu yang menarik kepada pengguna Android kerana dengan pengenalan ciri ini, anda mempunyai pilihan untuk tidak menggunakan data ataupun bagi yang tidak mendaftar perkhidmatan data, anda tetap boleh menggunakan aplikasi ini dengan syarat anda dikehendaki memuat turun peta kawasan yang anda inginkan. Contohnya jika anda inginkan peta sesuatu kawasan, anda hanya perlu memuat turun melalui WiFi rumah anda atau WiFi mana-mana restoran mungkin dan gunakannya kemudian. Ianya amat berguna juga jika peranti Android anda hanya menyokong WiFi sahaja, ataupun jika anda ingin ke luar negara dimana ditempat berkenaan anda tidak dapat menggunakan data pada telefon anda. Setakat ini ‘Google Maps’ menyokong 150 buah negara seluruh dunia.

Versi ‘Google Maps’ terbaru ini anda boleh muat turun sekarang di ‘Google Play’ ataupun anda boleh periksa kemaskini aplikasi anda. Hasil ujian kami pada kemaskini aplikasi ini, didapati bagi negara kita nampaknya belum terdapat peta yang boleh dimuat turun. Diharapkan ianya akan menyokong negara kita tidak lama lagi.

Sumber : Google Lat Long Blog

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!