#io12 – Nexus 7 Diperkenal Secara Rasmi, USD199.


Google memperkenalkan secara rasmi tablet Nexus 7 yang pernah diwar-warkan sebelum ini dengan harga USD199 ( lebih kurang RM635 ) untuk versi 8GB pada Google IO yang sedang berlangsung. Pengumuman ini dibuat oleh Hugo Barra. Tablet yang mempunyai skrin bersaiz 7 inci ini menggunakan versi Android terbaru iaitu Android 4.1 ‘Jelly Bean’. Skrinnya bersaiz 1280×800 (HD) dan dikuasakan dengan pemproses cipset Tegra 3 dengan 4 teras dan GPU nya pula mempunyai 12 teras. Jadi keseluruhannya tablet ini mempunyai 16 teras kuasa pemprosesan!. Tablet ini mempunyai spesifikasi yang biasa seperti mempunyai kamera hadapan, WiFi, Bluetooth dan NFC. Ianya dijanjikan dengan masa sedia sehingga 300 jam dan 9 jam masa main video dan seberat 340 gram.

Pada pengumuman ini juga, Google mengumumkan selepas ini anda boleh memuat turun siri tv dan cerita di Google Play. Disamping beberapa pengeluar majalah seperti Hearst, Conde Nast, dan Meredith yang akan turut serta menawarkan majalah mereka pada Google Play.Tablet ini juga menjadi yang pertama akan didatangkan dengan pelayar internet Google chrome.

Tablet ini akan dipasarkan pada pertengahan Julai bagi pengguna di Amerika Syarikat, U.K., Kanada dan Australia.

Sumber : PC Mag

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

One Comment on "#io12 – Nexus 7 Diperkenal Secara Rasmi, USD199."

  1. idd says:

    Teringin macam nak beli tapi tunggu iPad 7 inchi…

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!