#io12 – YouTube Android Dikemaskini Dengan Antaramuka Baru.


Google mengumumkan versi kemaskini terbaru aplikasi YouTube pada acara Google IO 2012 yang sedang berlangsung ketika ini di San francisco. Kemaskini berkenaan menyaksikan perubahan sepenuhnya pada antaramuka (UI) aplikasi berkenaan yang menampilkan paparan yang lebih menarik.

Paparan baru antaramuka aplikasi YouTube kini tampil seakan-akan aplikasi Google+. Senarai saluran yang anda langgani akan berada disebelah kiri dan anda boleh ‘swipe’ ke kanan untuk melihat senarai video mengikut turutan video yang baru dikeluarkan oleh saluran yang anda langgan.


Aplikasi ini juga memperkenalkan ciri ‘preloading’ dimana anda mempunyai pilihan untuk tidak menunggu masa ‘buffering’ lagi jika rangkaian data perlahan. Ciri ini berfungsi dengan memuat turun dahulu di dalam memori ‘cache’ nya sewaktu anda menyambung dengan rangkaian WiFi dan anda boleh menonton video berkenaan bila-bila masa selepas itu. Anda boleh aktifkan ciri ini pada ruangan ‘setting’.

Anda juga boleh menonton video YouTube saluran yang anda langgan melalui TV anda. Google sedang menaik taraf ciri ini yang dikatakan akan menyokong aplikasi atau TV yang disambungkan dengan rangkaian internet rumah anda.

Aplikasi YouTube baru ini buat masa ini ditawarkan kepada peranti dengan Android 4.0 (ICS) di ‘Google Play’ bermula sekarang. Anda boleh memuat turun ataupun sila periksa kemaskini aplikasi YouTube anda. Ianya akan dikeluarkan untuk versi Android lain dalam masa terdekat.

Sumber : YouTube-Global

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

2 Comments on "#io12 – YouTube Android Dikemaskini Dengan Antaramuka Baru."

  1. idd says:

    Menarik… bila dah dikemaskini

    • Jaslehaidy says:

      Sekarang dah boleh update.Tp hanya untuk peranti android dgn versi Android 4.0. Versi lain belum lagi..boleh check di google play

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!