Telefon terbaru LG iaitu Optimus 4X HD diumumkan akan dilancarkan pada bulan ini dinegara-negara eropah dimulai dengan Jerman, Belanda, Sweden, UK dan Itali. Seterusnya ianya akan dilancarkan kepada 6 negara berikutnya. Telefon ini dikatakan akan menggunakan pemproses empat teras Tegra 3 dengan skrin 4.7 inci IPS LCD dan menggunakan Android 4.0 ( ICS ). Telefon Android LG ini nampaknya setanding dengan Samsung Galaxy S 3 dan HTC One X.
Agak-agak anda, telefon ini memasuki pasaran Malaysia tak?. Bila agaknya?. Ada sesiapa yang berminat?.











Memang menarik. Suka dengan design seakan premium berbanding Samsung Galaxy S3. PPI pun 313 lebih 1PPI dari HTC One X.