Monumen Baru Hadapan Kampus Google, ‘Jelly Bean’ Disahkan Google.

Semalam Google telah meletakkan monumen versi Android terbaru dihadapan kampus Google sekaligus mengesahkan versi Android seterusnya akan menggunakan nama tersebut ‘Jelly Bean’. Namun tiada pengesahan lagi berkenaan nombor versi berkenaan. Menurut khabar angin, kemungkinan besar ianya akan menggunakan nombor versi 4.1. Monumen ini juga diletakkan sempena acara ‘Google IO’ yang diadakan bermula hari ini.

Untuk pengetahuan para pembaca, Google selama ini telah meletakkan monumen versi Android mereka pada hadapan kampus mereka sejak versi Android yang pertama lagi. Bermakna ketika ini terdapat 8 monumen termasuk yang terbaru ini. Untuk pengetahuan juga, mereka menggunakan nama makanan seperti pencuci mulut dan gula-gula sebagai nama versi kemaskini mereka yang menampilkan kelainan. Mungkin bagi menarik perhatian pengguna dan memberikan gambaran kemaskini berkenaan ‘menyelerakan’ dan menyebabkan pengguna tidak sabar menunggu kemaskini berkenaan pada telefon Android mereka. Yang pasti nampaknya strategi berkenaan saya rasakan amat berjaya. Berikut merupakan gambar versi Android dan nombor versinya untuk pengetahuan anda.

 

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!