Motorola Razr MAXX Sekarang Di Malaysia. HRD RM1788. ( Kemaskini – RM 1688 )

Kemaskini: Harga baru dari Brighstar ialah RM 1688.

Peranti Motorola kurang popular di Malaysia. Namun tidak semestinya ianya tidak mempunyai peminat dan jangan beranggapan ianya tidak berkualiti. Jenama berasal dari Amerika Syarikat ini mempunyai beberapa model peranti Android yang sangat hebat antaranya tablet Google Nexus pertama iaitu XOOM.

Baru-baru ini ( kira-kira 20 jam yang lepas ) pengedar rasmi bagi peranti Motorola iaitu Brighstar menyatakan antara model terbaru telefon Android Motorola iaitu Motorola Razr MAXX telah memasuki pasaran Malaysia. Mereka menjawab pertanyaan pengikut Facebook mereka yang bertanya mengenai hal tersebut. Harga runcit yang disyorkan menurut Motorola Concept Store, Sunway Pyramid ialah RM1788 RM1688.

Kekuatan pada model Motorola Razr MAXX ialah baterinya. Bateri model ini mempunyai kapasiti 3300mAh!. Selain daripada badan yang nipis, ianya dibuat daripada fiber DuPont™ KEVLAR® dan paparan skrinnya menggunakan skrin Corning® Gorilla® Glass. Ianya juga mempunyai daya rintangan terhadap air kerana dilindungi lapisan perlindungan Nanopartikel  sehingga ke papan litarnya sekali. Versi Android yang digunakan ialah 2.3.5 (Gingerbread) dan menurut Motorola ianya akan dikemaskini ke Android 4.0 (Ice Cream Sandwich). Untuk maklumat lanjut mengenai telefon hebat dari Motorola ini, sila ke laman Motorola Mobiliti.


Berikut merupakan sedikit spesifikasi mengenai telefon ini :

* kami tidak menjamin spesifikasi ini adalah tepat

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

One Comment on "Motorola Razr MAXX Sekarang Di Malaysia. HRD RM1788. ( Kemaskini – RM 1688 )"

  1. lewisdotmy says:

    sekarang dah ada motorola razr i pula, tp maxx ni mmg sgt popular

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!