N.O.V.A ialah singkatan bagi ‘Near Orbit Vanguard Alliance’ ialah satu permainan video dari Gameloft kini boleh didapati di “Google Play’ bermula beberapa hari yang lepas. N.O.V.A 3 iaitu sekuel ketiga permainan itu ditawarkan dengan harga USD 6.99 ( RM 22.39 ) di Google Play. Sebelum ini permainan dalam kategori ‘ first-person shooter’ itu mendapat sambutan menggalakkan di kalangan peminat permainan video di peranti Android.
Sekuel terbaru ini dikatakan akan menawarkan kualiti gambar yang lebih menarik dengan kualiti seakan 3D. Pemain dapat memainkan permainan ini yang mempunyai 10 peringkat. Selain daripada itu pada kali ini pemain permainan ini juga dapat mengawal kenderaan malah juga mesin-mesin atau robot untuk bertempur selain cara berlawan dan menembak biasa. Kebolehan bermain berbilang pula menyokong pemain sehingga 12 pemain di dalam 6 peta perlawanan berlainan. Dikatakan pemain juga bakal menyaksikan kualiti gambar dan FPS terbaik buat masa ini ditawarkan oleh Gameloft di dalam permainan ini. Dapatkan muat turun permainan ini Google Play dengan klik pada gambar di bawah.












