Pada E3 yang berlangsung di Los Angeles Convention Center, California, NVIDIA mengumumkan 5 tajuk baru permainan video yang memanfaatkan sepenuhnya teknologi yang dibawakan oleh pemproses Tegra 3, pemproses berkuasa empat teras ’4 PLUS 1′ yang pertama di dunia dari NVIDIA itu. Permainan video yang diumumkan itu adalah seperti berikut.
- Dead Trigger : Merupakan permainan ‘One man shooter’ yang mengisahkan anda dikejar atau diburu oleh Zombie pemakan daging manusia. Menggunakan manfaat sepenuhnya daripada pemproses Tegra 3 untuk memberikan kesan eksklusif seperti air yang dipertingkatkan, lampu, kabus dan hukum fizik.
- Puddle : Permainan video yang terkenal di konsol Xbox Live Arcade dan PlayStation Network. Cara permainan adalah mudah. Anda dikehendaki mengarah air ke destinasi sasaran melalui kawalan kecondongan (tilt) pada telefon anda. Dengan peranti Tegra 3, anda akan mendapat tekstur resolusi yang lebih tinggi, kesan cecair, bayang-bayang dan kesan fizik yang lebih realistik.
- Demons’ Score : Permainan yang dibangunkan menggunakan Engine Unreal 3 untuk menghasilkan grafik 3D yang berkualiti tinggi dan antara muka pengguna yang dioptimumkan untuk telefon pintar dan tablet. Dengan ciri-ciri Tegra 3 eksklusif termasuk tekstur resolusi yang lebih tinggi, kesan shader yang lebih maju, kesan pencahayaan, bayang-bayang dinamik dan kesan kedudukan jarak yang lebih realistik.
- Bounty Arms : Open-Reset dan Luma Arcade bekerjasama dengan NVIDIA didalam menghasilkan permainan 3D ekslusif untuk Tegra 3 ini. Peningkatan ini termasuk visual dan peningkatan prestasi dan kandungan eksklusif seperti permainan pelbagai bilang dan kesan partikel yang telah dipertingkatkan.
- Heroes Call : Permainan ini merupakan permainan RPG. Merupakan satu gambaran masa depan permainan video dengan grafik yang cantik, perincian mendalam, pelbagai watak dan pelbagai kebolehan yang bakal memberikan pengalaman baru dunia permainan video telefon bimbit yang tidak pernah anda rasai. Ciri eksklusif Tegra 3 di sini adalah cahaya resolusi yang lebih tinggi, perincian yang menakjubkan pada senjata dan perisai watak dan interaksi fizik tambahan pada objek.
Sumber : Blog NVIDIA















